CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36845|Reply: 3

Merogol Lalu Merengkok Serta Mendapat Sebatan

[Copy link]
Post time 30-8-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Shah Alam: Pendakwah selebriti, Da'i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Turut menemaninya adalah isteri, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu kemudian memeluk wanita itu.

Ringkasan Berita:

Da'i Syed dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol wanita lima tahun lalu.

Hukuman dikeluarkan selepas pendakwaan membuktikan kes prima facie, walaupun dia sebelum ini dibebaskan pada April 2023.

Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilihat menangis dalam kandang tertuduh, ditemani isteri yang baru melahirkan anak 16 hari lalu.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh rayu lg kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kalau merayu, hakim nyampah pehtu tambah lagik 5 tahun hukuman. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 30-8-2024 09:19 PM
Boleh rayu lg kan?

Dapat lepas aritu tu yang sempat dia berketurunan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.409540 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list