View: 43819|Reply: 10
|
Menikmati Mi Segera Dalam Seminggu, Lagi Kerap Makan Bila Hujan!
[Copy link]
|
|

SERING menyediakan hidangan mi segera bukanlah bermaksud seseorang itu pemalas dan tidak suka memasak.
Sebaliknya Wany, 32, berkata memasak mi segera juga memerlukan kerajinan kerana mereka perlu menyediakan pelbagai bahan dan ramuan untuk menyedapkan lagi masakan.
"Bukan malas masak, lagi pun ayat sebegitu dah tak boleh pakai kot sekarang.
"Sebab kadang-kadang masak mi segera pun perlu letak banyak bahan... dah macam program masakan dah bila kita tengok," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, berkata sebelum ini dia sering menikmati hidangan mi segera ketika berada di rumah.
Namun sejak bergelar ibu, penyanyi lagu Menahan Rindu itu perlu mengurangkan kadar pengambilan makanan kegemarannya itu.
"Saya tak boleh hidup tanpa mi segera. Memang penggemar mi segera.
"Dalam seminggu memang makan, lagi-lagi bila hujan lagi kerap.
"Tapi sejak jadi ibu kena kawal sikitlah pengambilan makan mi segera tu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Wany dilantik menjadi duta makanan mi segera Nongshim bersama penyanyi Khai Bahar.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aishah Al Iman yang kini berusia setahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lewls wany barista rupanya. Tapi ramen brand nongshim ni memang sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas makan mee segera laksa Sarawak.
Mee Segera Laksa Malaya takde ke |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 31-8-2024 02:07 PM
brand apa? sedap tak?
Brand Chef....okey la tak masin sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
TT wahai TT dan momod
Tolong la x yah buat tajuk konon2 kelakar dan clickbait.
Biar la straight to the point.
Ni semua tajuk macam org x sekolah, dan xde kaitan dgn gosip. |
|
|
|
|
|
|
|
maggie kari yg beli kt srwk lg sdp dr beli kt semenanjung..perasan x? dia lg halus... |
|
|
|
|
|
|
|
Nongshim yang stir-fry tu sedap...my fav.
Yang soup tu pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 31-8-2024 04:23 PM
maggie kari yg beli kt srwk lg sdp dr beli kt semenanjung..perasan x? dia lg halus...
boikot maggie
btw adik iols ada beli buldak spicy tu
pedasnya serik dah nak mkn  |
|
|
|
|
|
|
| |
|