CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52643|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Lucu bila ibu beli banyak sabun samak'

[Copy link]
Post time 31-8-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode
'Lucu bila ibu beli banyak sabun samak'


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







SHARIZAN bersama Kelvin dan anak mereka. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: "Di Pulau Pinang, boleh dilihat hubungan sesama masyarakat berbilang kaum yang sangat rapat dan 'lepak' bersama di kedai kopi atau di kedai makan menjadi senario biasa.

"Tidak hairanlah jika masyarakat di negeri ini, ramai yang 'berkahwin campur' dan boleh hidup dalam suasana harmoni kerana pergaulan baik sesama kaum itu sudah berlangsung sejak sekian lama."

Begitu kata Sharizan Rosli, 37, mengenai perkahwinannya dengan lelaki Cina, Kelvin Tan Shee Sheng, 37, sejak empat tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata, Isaac Rafael, berusia 21 bulan.

Malah Sharizan yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah pelabuhan di sini berkata, 'silang budaya' antara keluarga mereka tidak menjadi penghalang walaupun pada mulanya perkenalan dengan Kelvin tidak dipersetujui keluarga mentua.

Katanya, perkenalan dengan jejaka itu bermula ketika menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi namun malangnya tidak lama kemudian, mereka mengalami kemalangan dengan berlanggar sesama sendiri.

"Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Kelvin beritahu pada keluarga bahawa dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian.

"Impak kemalangan itu agak teruk yang mana lebih sebulan saya 'terlantar' dirawat di rumah dan setiap hari Kelvin datang melawat serta bertanya khabar.

"Daripada kejadian itu, dia juga 'jatuh hati' dengan layanan keluarga saya kepadanya walaupun berbeza agama dan kaum sebelum kami disatukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Gelugor, di sini.

Sementara itu Kelvin berkata, pada mulanya ibu dan bapa tidak bersetuju jika dia memeluk Islam kerana menyangka 'orang Islam tidak boleh datang lihat ibu jika mati' nanti.

Namun Kelvin yang juga ahli perniagaan berkata, mereka tidak mengambil tempoh lama untuk terima disebabkan ibu bapanya juga faham mengenai budaya Melayu.

"Selepas berkahwin, saya memutuskan bagi tinggal bersama mentua seperti yang dilakukan dalam masyarakat Cina malah tidak berasa kekok berikutan sudah biasa bergaul dengan rakan Melayu.

"Saya juga ada abang yang berkahwin dengan wanita Thailand, tetapi ibu bapa lebih risau terima menantu Muslim terutama mengenai soal halal dan haram.

"Lucu juga apabila lihat ibu membeli banyak sabun samak, set pinggan mangkuk dan perkakasan dapur yang baharu kerana bimbang mengenai kesucian barangan di rumah, tetapi saya rasa terharu kerana ia menunjukkan kesungguhan mereka menghormati agama lain.

"Di situlah letaknya keunikan kawin campur, banyak lagi jika hendak diceritakan, cuma yang penting ialah saling terima budaya selagi tidak melanggar batas," katanya lagi.



Disiarkan pada: Ogos 31, 2024 @ 12:01pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/08/1128999/lucu-bila-ibu-beli-banyak-sabun-samak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.459442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list