CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32548|Reply: 18

[Tempatan] Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah

[Copy link]
Post time 13-9-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 13-9-2024 09:22 AM

Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
Oleh Sariha Mohd Ali dan Zanariah Abd Mutalib - September 13, 2024 @ 9:01am
[email protected]



Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah menamatkan kontrak pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, selepas mereka gagal menjawab notis remedi yang dikeluarkan MARA sehingga tamat tempoh pada jam 5 petang semalam.

Berikutan itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya akan mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi di mahkamah terhadap kontraktor itu yang melanggar kontrak dalam penyediaan makanan kepada pelajar.

Beliau berkata, notis remedi dikeluarkan kepada kontraktor pada 4 September lalu, selepas kes keracunan makanan berlaku secara berulang di dewan selera MRSM Taiping, disusuli dengan tinjauan mengejut dilakukannya sendiri yang mendapati keadaannya terlalu kotor, selain kontraktor gagal mematuhi menu yang perlu disediakan kepada pelajar.



Katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap kontraktor terbabit sebagai pengajaran kerana MARA tidak akan berkompromi terhadap isu kebajikan, keselamatan dan kesihatan pelajar.

"Kita akan saman dan buat tuntutan ganti rugi terhadap kontraktor itu atas pelbagai kesalahan, termasuk melanggar kontrak, tidak menjaga kebersihan hingga membawa kepada berlaku kes keracunan makanan pelajar MRSM Taiping.

"Ini kes pertama yang akan dibawa ke mahkamah sejak saya menjadi Pengerusi MARA lebih setahun lalu. Saya ingin memberikan isyarat keras dan amaran tegas kepada mana-mana kontraktor dewan selera MRSM yang mahu kaut keuntungan besar hingga menjejaskan kesihatan, mengundang risiko nyawa dan mengabaikan kebajikan pelajar untuk patuhi kontrak serta utamakan nilai kemanusiaan dan keberkatan," katanya kepada BH, ketika dihubungi di Shanghai, China.

Pada 5 September lalu, Asyraf Wajdi membuat pemeriksaan mengejut ke dewan selera MRSM Taiping, susulan laporan ibu bapa mengenai anak-anak mereka yang keracunan akibat makanan yang disediakan di dewan selera itu.

Dalam 'terjahan' itu, beliau menghubungi kontraktor berkenaan, yang memperoleh kontrak sejak dua tahun lalu, dan meluahkan rasa marah selepas mendapati tahap kebersihannya sangat mengecewakan dan menu ditetapkan pihaknya tidak dipatuhi.

Insiden keracunan berkenaan dilaporkan berulang walaupun dewan selera itu pernah diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 62 pelajar pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Ditanya kerugian yang akan dituntut MARA, Asyraf Wajdi berkata, Bahagian Undang-Undang MARA dan panel peguam sedang menilainya secara holistik.

"Saya juga meminta Bahagian Undang-Undang menilai balik terma dalam kontrak supaya diperhalusi dan diperketat bagi memastikan tiada ruang perlakuan curang, culas dan cuai yang membabitkan kebajikan serta keselamatan pelajar.

"Kita perlu ambil tindakan ini kerana jika tidak, kontraktor ambil sikap acuh tak acuh," katanya.

Mengenai penyediaan makanan di dewan selera MRSM Taiping ketika ini selepas khidmat kontraktor itu ditamatkan, beliau berkata, pihaknya menggunakan khidmat pengusaha katering tempatan untuk sementara waktu sehingga kontraktor baharu dilantik Jawatankuasa Perolehan.

"Walaupun sedang berada di Shanghai (atas lawatan kerja), saya pantau secara langsung termasuk memastikan MRSM membekal dan menyediakan makanan secukupnya kepada pelajar selepas khidmat kontraktor itu ditamatkan," katanya.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, beliau juga mengarahkan semua MRSM terutama pengetua dan warden atau penyelia asrama melipatgandakan pemantauan terhadap kualiti makanan supaya memenuhi spesifikasi termasuk menu ditetapkan, kebersihan dapur dewan selera dan perkhidmatan kontraktor.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilaporkan terus kepada ibu pejabat MARA untuk tindakan susulan.

"Saya sendiri akan turun secara mengejut melalui kaedah terjahan dari semasa ke semasa. Jika ada juga kecuaian pemantauan di pihak pentadbir MRSM, saya akan mempertanggungjawabkan mereka jika berlaku sebarang penyimpangan," katanya.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut menjawab beberapa komen pengikutnya di Facebooknya susulan tindakan saman dan ganti rugi yang akan diambil MARA itu.

Menjawab permintaan supaya beliau tidak lagi membiarkan kontraktor mengambil kesempatan atas 'kebaikan' MARA, Asyraf Wajdi berkata, perkara itu tidak akan berlaku lagi.

"Sekarang tidak lagi, tiada lagi istilah kompromi. Keutamaan saya (menjaga) kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar," katanya.

Ditanya sama ada bayaran untuk kontraktor terbabit berjalan lancar, Asyraf Wajdi berkata, tidak ada masalah mengenai perkara itu dan ia tidak boleh dijadikan alasan terhadap mutu perkhidmatannya yang rendah.

"Tiada langsung masalah bayaran, tak perlu banyak alasan lagi. Jumpa di mahkamah nanti," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 08:58 AM | Show all posts
panic lettew takut orang boikot kedai deme. laju2 kuarkan statement .
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:12 AM | Show all posts
padan muka pompuan berlagak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:17 AM | Show all posts
tepek la sekali butiran pompuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 13-9-2024 10:24 AM

Perghh nak tengok so called Datin kat court
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus... benda baik kita sokong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka acik penyondol tu..cashh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:32 PM | Show all posts
Terburai segala jahat acik mira pengerusi bakat tu, cirit teruk lah org sebar siapa dia sebelum ni, iols baca komen kat tt katanya affected kat laki sheols jua, ada yg ckp kes sheols dpt tender pun akan dibawa ke SPRM. Adan Uke! Ni kifarah pelakor yach!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan ...
Terbaiklah Mara! Jgn bg muka
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:38 PM | Show all posts
Yg bongok nya si Mira tu, kemain duduk Sarawak. Apa2 jadi tak tau. MRSM lain boleh je follow menu yg MARA sediakan. Tapi bila kantin sheolls, takleh follow menu tu sbb kos harga barang. Dah kalau MRSM lain boleh je sediakan makanan tu, makna kata kantin kau pon mestilah boleh. Bukannya suruh beli ikan dekat UK, masak dekat Taiping. Bila berbinikan pempuan gila, dgn laki sekali affected.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 03:07 PM | Show all posts
Menang tender cara mudah agaknya cik kak ni, tu pasal tak jaga betul2.

Bayaran untuk kontrak dewan makan sekolah mcm mrsm dan sbp ni memang lumayan.  Wajarlah dipersoalkan bila ko tak ikut apa yg sepatutnya disupply.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 10:55 AM | Show all posts
Up.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah umum tender gomen.
1. Nak save cost tapi service demand tiptop.
2. Nak bagi peluang usahawan PKS yg masih lemah & newbies.

Quality out. Tengoklah kesan negatif tender2 camni... dari segi kualiti turapan jalan, gaji tukang cuci, reka bentuk bangunan, reka bentuk laman web & sistem dan macam2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk bukti breach contract ni sng sket loyer gomen nak buat keje kan? Hrap loyer gomen minta byrn gantirugi atau apa² denda yg seumpama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dulu pon sekolah asrama penuh, makanan idok la sedap mana, tapi takdelah sampai tahap sampahhhh ko bagi budak2 makan, disgusting tul.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi madam. How do i address u? Oh, just call me Mira cik puan tahik cicak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh betul ke? I rasa kes ni pompuan cicak kubing tu bakalan terlepas free je. Pepuak mkn rasuah ni geng3 diaorang jgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak baca MARA vs MIRA tahik cicak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:51 AM | Show all posts
teingat zaman asrama haritu, gini lar jugak

nak-nak hari jumaat ada menu sambal udang, sekali dia bukak peti udang tu, satu sekolah bau wei, tiap jumaat kena hadap bau tu

last-last pengetua baru wajibkan warden kena makan sekali dengan student, nak tau menu/apa budak makan

end up makcik tu tak kena sambung contract, dapat orang baru okay je pulak makanan lepas tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043308 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list