CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15177|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanak

[Copy link]
Post time 17-9-2024 07:26 AM | Show all posts |Read mode


TUANKU Muhriz  berkenan menyampaikan titah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan, hari ini. FOTO Bernama.

Seremban: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan perbuatan mengeksploitasikanak-kanak yang dilaporkan membabitkan sebuah organisasi, baru-baru ini.

"Beta berasa kesal dan dukacita apabila baru-baru ini tersebar berita mengenai sebuah organisasi yang berselindung di sebalik kebajikan Islam dilaporkan telah melakukan penderaan terhadapkanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka dan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai buruh.


"Ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam," titah baginda pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1446H/2024M di Padang Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Baginda bertitah setiap umat Islam sebaliknya harus menunjukkan nilai Islam sebenar dalam amalan kehidupan seharian seperti keikhlasan, kejujuran, amanah, keadilan, perpaduan dan persaudaraan, kesederhanaan serta saling menghormati.

Tuanku Muhriz bertitah Islam adalah agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan istimewa itu memberi peluang umat Islam menunjukkan kebesaran sertakesucian agama kepada masyarakat bukan Islam.

Baginda bertitah Islam tidak berbicara tentang dimensi akhirat semata-mata malah turut membincangkan persoalan keduniaan yang memacu manusia ke arah kebaikan sekali gus menjadikan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.

Tuanku Muhriz bertitah Islam juga adalah al-Din (cara hidup diredai Allah) yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik sesama manusia.

"Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT di dunia ini untuk membina perpaduan dalam kemajmukan masyarakat dengan menitikberatkan pertuturan yang baik serta memberikan teladan dalam setiap perbuatan baginda.

"Sifat kepimpinan yang telah dipamerkan Rasulullah SAW membuktikan bahawa baginda sentiasa memberi keutamaan kepada keadilan sosial, kesaksamaan dan integriti moral dalam masyarakat," titah Tuanku Muhriz.

Justeru, baginda bertitah semua pemimpin dan segenap rakyat beragama Islam di negeri itu perlu terus berganding bahu memperkukuh perpaduan dan persaudaraan serta mengamalkan sikap tolong-menolong dan menghormati kaum lain.

"Jika kita menolong orang, mereka akan menolong kita. Jika kita menghormati orang, mereka juga akan menghormati kita," titah baginda.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.278686 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list