CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16545|Reply: 0

[Sabah] Bumbung Balai Polis Tenom diterbangkan angin kencang

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode


ROSAK: Keadaan atap bangunan yang rosak sepenuhnya akibat diterbangkan angin kencang.



SELAMAT: Anggota Balai Polis Tenom berada dalam keadaan selamat selepas kejadian berkenaan.

TENOM: Bumbung Balai Polis Tenom mengalami kerosakan teruk selepas diterbangkan angin kencang di sini jam 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintenden Ediansha Endal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pegawai dan anggota Balai Polis Tenom berada di lokasi bagi tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan.

"Kejadian angin kencang menyebabkan bumbung Balai Polis Tenom diterbangkan angin.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan pemantauan sedang dijalankan," katanya.

Kejadian 'bumbung terbang' ketika hujan lebat dan angin kencang itu turut tular di media sosial menerusi satu video berdurasi kira-kira seminit.

Beberapa kenderaan nyaris dihempap bumbung yang terbang ke seberang jalan namun sempat mengelak dan tiada kecederaan dilaporkan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039337 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list