CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16728|Reply: 0

[Sabah] TMTS Semporna terus jadi tarikan utama pelancong

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode


GHAZALIE

SEMPORNA: Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) Semporna terus menjadi tarikan utama pelancong terutamanya dari luar negara datang ke daerah ini.

Pengurus TMTS Semporna, Ghazalie Pg. Hindi berkata, faktor keselamatan, keindahan alam semula jadi dan fasiliti antara penyumbang peningkatan statistic kehadiran pelancong asing.

Katanya, statistik menunjukkan seramai 109,012 orang pelancong berkunjung pada tahun 2022 iaitu membabitkan 102,233 warganegara Malaysia manakala 6,779 adalah pelancong luar negara.

“Pada tahun lalu jumlah pelancong dilaporkan menurun kepada 80,485 orang iaitu seramai 38,554 pelancong tempatan dan 41,931 adalah pelancong asing.

“Namun, Januari sehingga Ogos tahun ini TMTS menerima peningkatan mendadak daripada pelancong asing iaitu seramai 53,096 dan 15,223 pelancong tempatan,” katanya.

Menurutnya, TMTS telah menyediakan Pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan pulau Bohey Dulang sebagai langkah memberikan keyakinan kepada pelancong terhadap keselamatan negara.

“Terdapat juga Pos Kawalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan Pulau Sibuan dan Mantabuan,” katanya.

Ghazalie berkata, kenaikan jumlah pengunjung secara mendadak pada tahun 2022 adalah selepas pasca COVID-19 sekali gus mendorong pelancong tempatan melawat kawasan sekitar TMTS.

“Saya berharap dengan adanya pos kawalan keselamatan dan fasiliti yang lengkap, TMTS terus menjadi destinasi pilihan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list