CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19113|Reply: 1

[Kedah] Ombat kuat: 8 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Ombat kuat: 8 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal


BERNAMA - September 18, 2024 @ 1:19pm







Foto hiasan




ALOR SETAR: Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata lima feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat membabitkan 2,013 penumpang.

"Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada jam 11 pagi, 12.30 tengah hari, 2 petang, 2.05 petang dan 2.10 petang, manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak tiga feri terlibat yang membabitkan 937 penumpang.

"Feri yang terlibat adalah pada jam 12.30 tengah hari, 2 petang dan 3.30 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata perjalanan feri yang dibatalkan ini tidak dapat dilencongkan ke Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis kerana berlaku kesesakan di sana.

"Kita telah berhubung dengan pihak di Kuala Perlis, dan mendapati terminal sudah tidak dapat menampung jumlah penumpang dan kenderaan yang banyak. Jadi, penumpang di Langkawi yang hendak ke Kuala Kedah dan sebaliknya terpaksa menunggu esok.

"Sekiranya keadaan cuaca pada esok hari elok, kita akan atur semula perjalanan feri yang dibatalkan ini," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299834/ombat-kuat-8-perjalanan-feri-langkawi-kuala-kedah-langkawi-batal






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 01:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.223258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list