CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25128|Reply: 0

[Perlis] Wang zakat boleh digunakan untuk bantu anak, bekas ahli GISB kembali jalani hidup baharu – Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 19-9-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Wang zakat boleh digunakan untuk bantu anak, bekas ahli GISB kembali jalani hidup baharu – Mufti Perlis


Aizat Sharif[email protected]







Mohd Asri Zainul Abidin. FOTO ihsan FB DR MAZA





Kangar: Setiap wang zakat yang dibayar boleh digunakan untuk membiayai anak bekas ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad (GISB) supaya dapat bersekolah semula di sekolah yang sewajarnya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, wang zakat juga boleh diberikan kepada bekas ahli mereka yang ingin memulakan kehidupan baharu.

"Demikian juga, wang zakat boleh diberikan kepada bekas ahli mereka yang ingin memulakan kehidupan baharu termasuk memulakan perniagaan dan pekerjaan yang lain.

"Dengan ini, kita bukan sahaja mengeluarkan mereka dari kehidupan lepas yang tidak sewajarnya, malah kita juga memberikan peluang untuk mereka memulakan kehidupan yang benar dan baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran ringkas di laman Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa memantau sekiranya kumpulan ini mempunyai gerakan mahupun aktivitinya di negeri ini.

"Di Perlis ini, kita perhatikan GISB tidak mempunyai gerakan yang dijalankan menerusi pusat pengajian agama atau pusat penjagaan kanak-kanak mahupun hotel.

"Mereka dilihat hanya beroperasi menerusi entiti perniagaan mereka di beberapa premis mereka di Kuala Perlis seperti kedai runcit, kedai bakeri, kedai dobi dan mereka juga didapati mempunyai satu ladang ternakan lembu di Chuping, namun ia sudah ditinggalkan tanpa diuruskan.

"Oleh hal demikian, kita sentiasa memantau dan segala jua aktiviti kumpulan ini di negeri ini daripada berleluasa," katanya ketika ditemui semasa melawat lokasi banjir di Kampung Titi Besi, Arau, di sini semalam.



Disiarkan pada: September 19, 2024 @ 9:06am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135377/wang-zakat-boleh-digunakan-untuk-bantu-anak-bekas-ahli-gisb-kembali-jalani





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list