CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27692|Reply: 0

[Kedah] JKM Kedah sedia khidmat kaunseling di PPS

[Copy link]
Post time 19-9-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode
JKM Kedah sedia khidmat kaunseling di PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 19, 2024 @ 12:22pm [email protected]







Kanak-kanak di PPS diberi peluang bermain permainan sambil dipantau kaunselor JKM Kedah. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





PENDANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah menyediakan khidmat kaunseling di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk membantu mengawal emosi mangsa banjir.

Pengarah JKM Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin, berkata, pihaknya menempatkan kaunselor di setiap PPS di negeri ini bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan akibat bencana itu.

Beliau berkata, antara aktiviti disediakan adalah sesi permainan berbentuk pendidikan yang bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak selain sesi kaunseling khas kepada warga emas.

"Inisiatif ini juga dapat mengisi masa lapang mangsa banjir untuk melakukan aktiviti lebih bermanfaat.

"Dalam penyediaan menghadapi suasana sebegini (khususnya) dalam keadaan emosi (mangsa) yang terganggu, dalam keadaan rumah yang dinaiki air dan kerosakan, jadi apabila masuk ke sini sudah tentu keadaan mereka tidak stabil.

"Oleh kerana itu JKM menyediakan kaunselor yang berdaftar untuk mengendalikan atau membantu mereka dari sudut emosi dan melaksanakan beberapa aktiviti khususnya kanak-kanak, " katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zulkhairi memaklumkan langkah yang diambil pihaknya itu turut mendapat maklum balas yang sangat positif melalui pembabitan warga emas dan kumpulan kanak-kanak.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas banjir supaya berpindah ke PPS jika diarahkan berbuat demikian bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Katanya, mereka tidak perlu risau kerana bekalan makanan, khemah serta kemudahan yang disediakan di PPS lengkap dan mencukupi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300233/jkm-kedah-sedia-khidmat-kaunseling-di-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.258498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list