CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30640|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja pembersihan tiada dokumen ditahan

[Copy link]
Post time 20-9-2024 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja pembersihan tiada dokumen ditahan


Nur Izzati Mohamad[email protected]







JIM Pulau Pinang memeriksa sekumpulan warga asing  ketika melakukan Op Sapu di lapan rumah. FOTO FB JIM Pulau Pinang





Nibong Tebal: Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang membongkarkan kegiatan warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan bekerja dengan kontraktor syarikat pembersihan yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam serbuan di lapan rumah di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat, di sini, semalam.

Serbuan Op Sapu itu diadakan susulan aduan penduduk kawasan taman perumahan berkenaan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) berhubung warga asing yang menghuni kawasan kediaman.

Menurut kenyataan JIM negeri, siasatan mendapati lapan rumah dua tingkat yang diserbu Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang itu dipercayai disewa oleh majikan untuk dijadikan sebagai asrama pekerja.

"Dalam operasi ini, seramai 75 penghuni warga asing diperiksa namun 15 pekerja didapati tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.

"Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang berusia antara 22 hingga 46 tahun.

"Berdasarkan akuan dan pakaian yang ditemui, 15 orang warga asing ini bekerja dengan kontraktor syarikat pembersihan yang dilantik oleh PBT sebagai pemotong rumput," katanya.

Katanya, ketika diminta mengemukakan dokumen kesemua mereka telah gagal berbuat demikian dan tidak dapat memberikan sebarang keterangan mengenai keberadaan mereka di Malaysia.

"Susulan itu, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki Pas yang sah serta untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, siasatan ke atas majikan serta pemilik kediaman juga akan dilakukan dan akan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sekiranya terdapat elemen kesalahan.



Disiarkan pada: September 19, 2024 @ 1:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135469/pekerja-pembersihan-tiada-dokumen-ditahan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list