CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11857|Reply: 0

[Kedah] Lebih 5,388 hektar sawah di Kedah, Perlis tenggelam akibat banjir

[Copy link]
Post time 20-9-2024 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 5,388 hektar sawah di Kedah, Perlis tenggelam akibat banjir


Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 19, 2024 @ 6:55pm [email protected]







Kawasan sawah di Kampung Lubuk Batu, Jitra ditenggelami banjir susulan hujan lebat berterusan sejak semalam hingga hari ini. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir





ALOR SETAR: Sejumlah 5,388.63 hektar sawah dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tenggelam akibat banjir yang melanda negeri ini dan Perlis sejak beberapa hari lalu.

MADA dalam kenyataan hari ini, berkata Laporan Padi Tenggelam mendapati kawasan sawah terjejas adalah 20 hektar di Wilayah 1 Perlis; 1,525.6 hektar di Wilayah II Jitra,; 2,206.7 hektar di Wilayah III Pendang dan 1,636.33 hektar di Wilayah IV Kota Sarang Semut.

"Pihak MADA akan mengenal pasti kerosakan tanaman padi di peringkat kawasan melalui bancian yang akan dijalankan selepas air surut.

"Status kemajuan aktiviti penanaman padi sehingga semalam, mencatatkan 93.6 peratus kawasan tanaman padi telah berbunga dan aktiviti masak telah mencapai 68.3 peratus, manakala aktiviti penuaian sebanyak 26.6 peratus dan dijangkakan akan terjejas," katanya.

Sementara itu, bagi kedudukan semasa paras Empangan Pedu semalam mencatatkan jumlah takungan adalah sebanyak 37.66 peratus, Empangan Muda (23.44 peratus) dan Empangan Ahning (80.13 peratus).

"Kawasan tadahan di tiga empangan menerima turunan hujan yang tinggi bermula 12 September lalu dan berterusan sehingga 17 September.

"MADA telah bertindak menutup pelepasan air dari empangan pada 16 September berikutan turunan hujan menyeluruh turut berlaku di kawasan dataran MADA," katanya.

Katanya, MADA akan terus menjalankan pemantauan dan melaporkan kepada pihak terbabit mengenai kedudukan semasa takungan empangan, turunan hujan dan paras air sungai utama melalui sistem maklumat pengurusan air MADA.

Pada 13 September lalu, Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berkaitan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku mulai 15 sehingga 19 September (hari ini) membabitkan kawasan-kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Pera.

Turunan hujan yang menyeluruh di Kawasan Muda bermula 12 sehingga 17 September mencatatkan jumlah turunan hujan melebihi 60 milimeter yang dikategorikan sebagai sangat lebat di kawasan dataran dan sungai utama.

Tinjauan mendapati operasi saliran air ke laut lambat disebabkan pertembungan fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku dari 18 sehingga 21 September dan berlaku limpahan air di kawasan daratan serta berlakunya banjir.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300498/lebih-5388-hektar-sawah-di-kedah-perlis-tenggelam-akibat-banjir






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list