CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10776|Reply: 0

[Perlis] 'Jangan bimbang, pelepasan air empangan tak sebabkan banjir' - JPS Perlis

[Copy link]
Post time 21-9-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan bimbang, pelepasan air empangan tak sebabkan banjir' - JPS Perlis


Aizat Sharif[email protected]







Operasi pelepasan air di Empangan Timah Tasoh melalui Lencongan Banjir Barat (LBB) terus ke laut bertujuan untuk menurunkan paras air empangan yang sekarang ini melepasi paras berjaga-jaga. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR





Padang Besar: Orang ramai di Perlis tidak perlu bimbang akan berlakunya kejadian banjir sekali lagi menerusi operasi pelepasan air di Empangan Timah Tasoh yang sedang dijalankan pada waktu ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Amir Budiman Abdullah berkata, susulan operasi berkenaan, banyak pihak melahirkan kebimbangan akan berlakunya banjir sekali lagi di negeri itu selepas ini.

"Pelepasan air dari empangan ini dilakukan bertujuan menurunkan paras air empangan ke paras normal kerana kita lihat hujan yang melanda Perlis setiap hari menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap paras air dalam empangan.

"Orang ramai tidak perlu risau akan berlakunya banjir kerana pelepasan yang dilakukan adalah melalui Lencongan Banjir Barat (LBB) di mana laluan air air yang dilepaskan ini adalah terus ke laut tanpa memasuki sungai utama di negeri ini.

"Bila hujan yang lebat menyebabkan peningkatan yang drastik di mana purata di empangan ini, paras airnya boleh meningkat sehingga 30 sentimeter (cm) atau satu kaki, jadi apabila paras air ini mula menghampiri paras waspada iaitu 29.4 meter (m), kita dah mula buka pintu air empangan ini untuk dilepaskan," katanya.

Katanya, pelepasan air dari empangan ini dilakukan dengan penuh berhati-hati serta mengikut prosedur.

"Apabila paras air empangan ini menghampiri paras waspada atau berjaga-jaga, maka kita perlu membukanya untuk melepaskan air dan mengembalikan paras air kepada paras normal iaitu 29.10 m.

"Disebabkan empangan ini sedang menjalankan proses peningkatan infrastruktur jadi prosedur operasi standard (SOP) yang kita gunakan sebelum pelepasan air ini adalah bergantung kepada paras air empangan itu dan cara yang kita gunakan untuk lepaskan air ini ke laut.

"Untuk musim banjir kali ini, operasi pelepasan air empangan ini sudah dijalankan sejak tiga hari lalu dengan dua pintu daripada empat pintu pelepasan air empangan saja dibuka dengan pemantauan setiap masa kemudian barulah kita akan buka semua bergantung kepada tahap paras air yang ada di empangan itu," katanya.

Sementara itu, berdasarkan data daripada laman web Public Info Banjir, bacaan paras air Empangan Timah Tasoh pada jam 10 pagi kembali merekodkan paras normal iaitu 29.38 m manakala Sungai Arau kembali kepada paras waspada apabila merekodkan paras 21.56 m melepasi tahap waspada iaitu 21.50 m.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 11:06am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136017/jangan-bimbang-pelepasan-air-empangan-tak-sebabkan-banjir-jps-perlis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 1.299923 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list