CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10835|Reply: 0

[Kedah] Pak Din agih makanan percuma bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 21-9-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Pak Din agih makanan percuma bantu mangsa banjir


BERNAMA






PAK Din (dua, kanan) di Kampung Suka Menanti di sini mengambil inisiatif menyajikan makanan percuma kepada orang ramai khususnya mereka yang terjejas banjir di sekitar kampung itu. FOTO Bernama




Alor Setar: Seorang peniaga kedai makanan di Kampung Suka Menanti, di sini, mengambil inisiatif menyajikan makanan percuma kepada orang ramai, khususnya mereka yang terjejas banjir di sekitar kampung itu.

Jamaludin Ahmad, 73, berkata, inisiatif itu diambil selepas dia tidak dapat berniaga berikutan kedainya digenangi banjir sejak Rabu dan timbul niat untuk bersedekah membantu mangsa banjir.

"Sebelum banjir kami membeli barang untuk berniaga dalam kuantiti yang banyak, kemudian banjir melanda kawasan ini dan anak lelaki saya bertanya bagaimana nak habiskan barangan yang dibeli.

"Sebelum itu juga cucu saya pernah hampir lemas dalam satu kejadian baru-baru ini dan anak lelaki saya cadangkan untuk bersedekah dengan menyediakan makanan percuma untuk orang ramai, sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana cucu saya itu selamat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jamaludin yang lebih mesra dengan panggilan Pak Din berkata, pada agihan pertama Khamis, mereka memberikan kira-kira 300 pek nasi putih berlauk ikan goreng secara percuma kepada orang ramai.

Dia yang juga seorang pesara tentera berkata, selepas tular di media sosial, semalam jumlah orang ramai yang ingin mendapatkan makanan meningkat.

"Agihan makanan akan diteruskan hari ini bermula 5 petang nanti dan ini hari terakhir saya menyediakan makanan percuma itu," katanya.

Sementara itu, penduduk kampung itu, Amirul Hafiz Hazir, 29, berkata, inisiatif dilakukan Jamaludin itu sangat membantu orang ramai, khususnya yang terkesan dengan banjir.

"Memang Pak Din biasa bantu penduduk kampung ini, jadi bila dia beri makanan percuma ini kita sangat-sangat berterima kasih kepada dia," katanya.

Bagi Nurhanim Ismail, 44, pula inisiatif itu sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir yang menghadapi kesukaran untuk memasak dan mendapatkan barangan ketika musim banjir ini.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 12:05pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136046/pak-din-agih-makanan-percuma-bantu-mangsa-banjir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.596839 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list