CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10738|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kesilapan tak sengaja, ada hikmah' - Pengurusan Surau al-Muttaqin

[Copy link]
Post time 21-9-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode
'Kesilapan tak sengaja, ada hikmah' - Pengurusan Surau al-Muttaqin


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







MOHD Sukki. Gambar kiri, kenyataan tular di aplikasi WhatsApp. FOTO NSTP dan tular





Bayan Lepas: "Saya akui ia adalah kesilapan tidak disengajakan yang boleh berlaku dan kita berusaha membetulkannya.

"Ia juga menjadi hikmah yang mana orang ramai mula mengambil berat mengenai hukum dan syarat solat Jumaat."

Begitu kata Pengerusi Jawatankuasa Surau al-Muttaqin, Azrul Abdul Halim susulan solat Jumaat yang ditunaikan pada 13 September lalu didapati tidak sah kerana tidak memenuhi syarat khutbah.

Azrul berkata, kesilapan itu disedari jemaah yang memaklumkan beberapa hari kemudian sebelum pihaknya berusaha menyemak kejadian menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di surau itu.

"Ketika menyemak CCTV, didapati memang benar berlaku kesilapan seperti yang dimaklumkan jemaah mengenai solat Jumaat itu.

"Saya kemudian terus hubungi Pejabat Mufti Pulau Pinang dan Pejabat Agama Daerah Barat Daya bagi mendapatkan pandangan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai solat Jumaat di surau itu tidak sah apabila khatib terlupa duduk antara dua khutbah.

Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, jemaah yang bersolat Jumaat di surau terbabit diwajib menunaikan solat Zohor secara qada bagi menggantikan solat Jumaat yang tidak sah berkenaan.

Azrul berkata, pihaknya kemudian bertindak membuat kenyataan dan memaklumkannya menerusi WhatApp kumpulan sejak semalam supaya ia disebarkan.

"Kebanyakan jemaah sudah melakukan solat (qada) di surau itu, semalam.

"Perkara itu tidak perlu disensasikan sebaliknya membantu pihak surau menyebar maklumat mengenai solat yang perlu diqada," katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan yang disebar menerusi WhatsApp, pihak pengurusan surau meminta supaya makluman itu dipanjangkan kepada keluarga, sahabat dan kenalan yang sudah bersolat Jumaat di Surau al-Muttaqin pada 13 September lalu.

"Bagi pihak tuan imam, pegawai dan AJK (Ahli Jawatankuasa) Surau al-Muttaqin, saya memohon maaf atas kesilapan ini," menurut kenyataan itu lagi.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 11:50am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136038/kesilapan-tak-sengaja-ada-hikmah-pengurusan-surau-al-muttaqin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.038494 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list