CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8297|Reply: 0

[Kedah] PM umum peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah

[Copy link]
Post time 21-9-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode
PM umum peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

21 September 2024 12:55pm




Anwar berbual dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Agama Kedah,di sini, pada Sabtu.




ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.

Beliau memaklumkan, sebanyak RM10 juta adalah peruntukan untuk sumbangan dan pembersihan di Kedah.


Anwar memaklumkan, sebanyak RM3 juta lagi adalah peruntukan khas pembaikan infrastruktur pasca banjir di daerah Kota Setar.


]
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.Gambar fail Bernama




Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pemantauan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini, pada Sabtu.


Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan supaya projek tebatan banjir tidak alami kelewatan.

"Apabila ada projek berjalan siap, ia boleh sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit (banjir),"katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/686789/berita/nasional/pm-umum-peruntukan-tambahan-rm13-juta-untuk-kedah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.087206 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list