CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13026|Reply: 0

[Perlis] Banjir di Perlis pulih, PPS ditutup sepenuhnya

[Copy link]
Post time 21-9-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Perlis pulih, PPS ditutup sepenuhnya


BERNAMA







Keadaan banjir di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis, 19 September lalu. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR




Kangar: Banjir di Perlis pulih apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan Kangar dan Arau yang menempatkan 90 mangsa banjir setakat 8 pagi tadi ditutup sepenuhnya pada 12 tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata semua mangsa itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Kangar manakala PPS SK Dato Ahmad Musa dan SK Kubang Gajah bagi kawasan Arau ditutup sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara kampung terbabit dengan kejadian banjir itu ialah Kampung Sungai Padang dan Kampung Kubang Gajah bagi kawasan Arau manakala Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Sena dan Kampung Seberang Tambang di Kangar.

Untuk rekod, di Perlis dua PPS mula diaktifkan pada 17 September lalu iaitu membabitkan PPS SK Sena dibuka pada 10.50 malam manakala PPS SK Arau dibuka pada 11.55 malam sebelum PPS SK Arau ini ditutup pada 19 September lalu.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 1:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136111/banjir-di-perlis-pulih-pps-ditutup-sepenuhnya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049115 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list