CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57621|Reply: 0

[Pulau Pinang] GISBH: 6 kitab Al-Arqam dirampas dalam serbuan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 21-9-2024 06:57 PM | Show all posts |Read mode
GISBH: 6 kitab Al-Arqam dirampas dalam serbuan di Pulau Pinang


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Kedai roti, kedai makan dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkait dengan GISBH di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam di sini, turut diserbu pihak berkuasa. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Sebanyak empat premis termasuk rumah jagaan yang disyaki berkaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di sekitar daerah Seberang Perai sudah diserbu pihak berkuasa di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, daripada serbuan itu, sebanyak enam buku atau kitab yang disyaki berkaitan dengan gerakan Al-Arqam dan diharamkan sudah dirampas pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Mohamad berkata, kesalahan itu berkait dengan peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang (EKJSNPP 1996) iaitu Seksyen 13(1)(b).

Katanya, pada masa ini siasatan masih berlangsung dan pihak berkuasa sedang meneliti semua bukti yang diperoleh.

"Kita tidak akan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau salah laku membabitkan premis atau operasi GISB.

"Saya ingin menegaskan bahawa bagi menangani isu ini, kerajaan negeri komited dalam memastikan setiap tindakan yang diambil adalah berasaskan fakta dan bukti sahih.

"Kami tidak akan buat sebarang keputusan secara tergesa-gesa atau berdasarkan spekulasi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini
.
Mengulas lanjut Mohamad berkata, antara lokasi terbabit dalam serbuan itu ialah di Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah, Bagan Buaya,Changkat Nibong Tebal; Pusat Jagaan Kanak-kanak Rumah Permata Kasih Taman Seri Mengkuang, Kubang Semang;Kedai Kek Dan Roti Ikhwan Bandar PERDA dan Ikhwan BP Mart, Bandar PERDA, Bukit Mertajam.

Katanya selain PDRM dan JHEAIPP, serbuan turut membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) , Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) , Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Semua pihak dinasihati supaya mengelak terbabit dalam penyebaran maklumat tidak tepat atau fitnah yang boleh mencetuskan kekeliruan atau ketegangan dalam masyarakat.

"Masyarakat juga diingatkan bahawa isu ini bukan hanya membabitkan entiti korporat, tetapi juga menyentuh aspek kepatuhan terhadap undang-undang dan prinsip moral yang kita junjung.

"Adalah penting bagi semua pihak bagi mematuhi undang-undang dan beroperasi dengan integriti malah kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan siasatan ini dengan teliti serta bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa dalam memastikan ia diselesaikan secara adil dan saksama," katanya lagi.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 6:36pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136207/gisbh-6-kitab-al-arqam-dirampas-dalam-serbuan-di-pulau-pinang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.054272 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list