CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6842|Reply: 2

gangguan atau malas???

[Copy link]
Post time 26-9-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode
aku ada isu skrg ni yg aku rasa makin lama makin berat tapi aku jadi malu dan takut nak cerita pd org2 yg dekat dgn aku sbb mcm buka aib sendiri. aku up di sini utk tanya pandangan forumers sblm aku ambil langkah seterusnya utk selesaikan isu aku ni sbb aku tau some of the forumer di sini bukan 'kosong' dan pernah bantu aku dlm 1 isu dulu. cuma bila dah bertahun tinggal forum ni, aku tak tau la diorg ni still aktif atau tak dalam ni. sebelum aku cerita psl kemusykilan aku, aku story sedikit background aku supaya org senang paham kenapa aku kaitkan isu aku dengan benda mistik.
aku dulu sejenis yg boleh 'nampak'. daripada kanak-kanak hingga awal 20an, mmg aku blh nampak (not all the time) makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar ni. diorg tak mengganggu aku pun tapi just nak tunjuk yg diorg ada di surrounding aku. masa tu, arwah nenek aku bnyk bagi pesan / ilmu mcm mana nak hadap benda-benda ni. parent aku plak jenis tak peduli sangat bila aku cerita apa yg aku nampak sampai aku dah besar pun aku dah jadi malas nak bercerita dgn parent or kawan2 aku sbb tak semua percaya. tapi bila dah jadi or diorg sendiri nampak baru masing2 nak percaya. jadi dari kecik, mmg aku tak pernah dibawa berubat lgsg. tapi bila awal 20an, aku dah tetiba x nampak dan cuma boleh rasa kehadiran diorg je. time tu mmg aku xde berubat mana2. tak tau la kebetulan ke apa, tapi masa aku hilang 'kebolehan nampak' tu, arwah datuk aku baru meninggal dan pakcik aku dah balik tinggal secara tetap di rumah arwah datuk aku. awal2 arwah xde, aku terdengar pakcik dan abah aku bercakap psl apa yg diorg nak buat dengan kitab-kitab lama arwah. FYI, kitab-kitab lama arwah ni pelik ye. bukan al-quran tapi mmg bertulis jawi lama. kertas dlm kitab tu pun dah kuning dan buruk. masa arwah hidup, kitab-kitab tu off limit utk ahli keluarga. cuma aku as a budak yg tak reti duduk diam dan ulat buku, kalo ada peluang time balik kampung, aku curi2 buka kitab tu bila xde org dlm rumah sbb tertarik dengan keadaan kitab tu. aku ni blh juga baca jawi skit2 time tu tapi mmg aku x blh nak baca apa contents dlm tu lgsg. but i digress je la time tu, sbb anggap as budak2 mmg aku ni still buta jawi dan berlagak pandai je mcm dah pandai sgt baca tulisan jawi. tak lama lepas tu, aku tgk kitab tu dah takde di rumah arwah (yg dah jadi rumah pakcik aku). bila aku tanya abah aku, dia tak nak cerita. aku ni sayang la sbb mmg kitab tu mcm menarik dan ingatkan blh jadi part of collection in our family's library.  sejak kitab tu hilang, aku mcm sedar x sedar je aku dah makin tak 'nampak' benda-benda pelik ni.

sampai la aku pindah ke 1 ofis ni. ofis ni mmg angker skit. PA bos aku bnyk share story psl ofis ni kat aku sbb aku antara org yg selalu blk lambat dan dia selalu ingatkan aku supaya hati2 bila dok sorg2 kat department aku tu. FYI, di department aku tu (selang sebuah dari bilik aku) mmg ada 1 bilik angker. lampu bilik tu sentiasa kena on dan hanya org yg last tinggalkan ofis je blh tutup lampu bilik tu. dan sbb incident berkaitan bilik tu juga la, aku hampir kena rasuk di ofis dan sejak tu PA tu bgtau aku mcm ada something wrong dgn aku. dia kata benda kat ofis tu tak pernah rasuk org, setakat mengusik je. kenapa aku yg kena teruk mcm tu? aku bgtau dia yg aku dulu pernah 'nampak' tapi skrg dah tak boleh. dia tanya mcm mana aku blh hilang 'kebolehan' aku tu which aku tak boleh nak jelaskan at that time. dia kata kemungkinan apa yg aku 'nampak' tu bukan sbb aku gifted tapi sbb aku ada benda lain dgn aku. apa yg aku nampak sebenarnya aku nampak dari pandangan mata benda tu. dan sbb kehadiran benda tu dgn aku di ofis time incident lampu bilik tu tertutup, ada 'pergaduhan' antara makhluk di ofis dgn benda yg ada pd aku sampai tahap aku hampir dirasuk. apa yg dia kata tu mcm make sense sbb masa hampir dirasuk tu mmg ada mcm suara yg suruh aku lari dari situ dan jgn biar diri aku diselubungi dgn asap hitam yg cuba nak melitupi aku time tu. time PA tu tanya tu baru aku terpikir balik bila aku dah start tak 'nampak'? terus terlintas dlm kepala otak aku psl timeline tu mcm elok2 je dgn timing kehilangan 'kitab' tu dari rumah arwah datuk aku. tapi sbb benda dah lepas, dan both abah dan pakcik aku pun dah meninggal, aku abaikan je la. lagipun bg aku since aku just blh rasa je kehadiran diorg dan dah tak nampak diorg, better aku buat tak tau je.

sekarang isunya, sejak aku dah makin berumur ni, aku rasa makin susah aku nak beribadat. nak solat pun rasa berat giler. tapi aku salahkan diri aku mungkin sebab aku ni malas dan penat dgn rutin harian aku. tapi lately ni, aku notice something disturbing. aku rasa mcm setiap kali azan atau bacaan ayat alquran, aku jadi mcm tak senang duduk. rasa rimas. aku terpikir balik kejadian dan kata2 PA aku tu. plus dgn kejadian pelik melibatkan arwah datuk aku dan kehilangan kitab dia yg tinggal misteri sampai skrg. aku cuba amalkan ayat2 pendinding yg aku belajar dan mak aku bagi tapi nak amalkan tu pun jadi berat. aku jadi susah hati skrg ni. wpun aku bukan jenis alim, tapi aku tak nak la jadi pendosa tegar sampai solat dan baca al-quran pun aku jadi payah nak buat dan azan pun rasa rimas. aku nak berjumpa dengan yg lebih arif tapi aku tak tau nak cari sapa yg boleh dipercayai sbb ni ada kaitan dgn aib aku (amalan solat etc). aku malu bila takut nanti dikata xde kaitan dgn mistik pun, just sbb aku malas je. but at the same time, aku risau adakah ada benda yg masih ada dgn aku tanpa aku sedar? apa pun diagnose dia, aku tetap kena work out the solution dan cara atasi apa yg aku rasa skrg ni. as a org yg dah makin berumur, aku tak nak mati dalam keadaan aku yg mcm skrg ni. so, aku harap ada pandangan dan input drpd forumer yg boleh tlg bg pandangan apa sebenarnya masalah aku ni. adakah masalah yg xde kaitan dengan mistik atau aku sendiri yg kena work on dgn tahap kerajinan aku dalam menjalankan ibadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 09:52 AM | Show all posts
pandangan saya gangguan boleh jadi satu penyebab kita jadi malas dalam beribadat. Tapi ada jugak gangguan yang buat kita jadi terlalu rajin

apapun elok pergi rujuk kepada perawat secara berdepan untuk pastikan sama ada betul gangguan atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam tt.. keadaan tt skrg lebih kurang dgn keadaan iols.. iols masa kecik mmg boleh nampak.. bila dah start baligh terus x nampak dah.. so iols ignore jer sampai lani dah berumur iols pegi berubat sebab kena sihir.. bila dah berubat baru tahu iols ada saka..

sebenarnya org yg boleh nampak ni ada 2 sebab saja.. 1. kurniaan dari Allah utk org2 alim & lagi 1 badan tu ada jin samada membela ataupun saka..

dlm kes tt iols rasa ada berkaitan dgn saka.. iols baca di wiki saka ni hidup dalam setiap urat sarat kita yg akan menganggu kita utk beribadah.. nasihat iols lebih baik tt berjumpa dgn perawat islam utk berubat.. semoga tt berjumpa dgn perawat yg serasi dan segera sembuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.193338 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list