CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30346|Reply: 19

[Tempatan] Mufti gesa orang ramai henti nyanyi lagu GISBH

[Copy link]
Post time 30-9-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Oleh Hazira Ahmad Zaidi
September 30, 2024 @ 4:40pm
[email protected]




TUMPAT: Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagi lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.

Katanya, tindakan itu bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan menyanyikan lagu itu yang kini tular di media sosial segera dihentikan.


"Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.

"Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah," katanya selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan 3 Juta Kalimah Allah di SMU(A) Bustanus Saadah, Morak, di sini, hari ini.


Mutakhir ini media sosial banyak dibanjir dengan parodi ke arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).

Pada 27 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited memastikan polis menjalankan siasatan telus terhadap GISBH.

Awal bulan ini, polis melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Serbuan menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata mangsa mengalami pelbagai bentuk eksploitasi dan penderaan termasuk diliwat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 07:48 PM | Show all posts
macam mana rupanya lagu tu? cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiber dah berminggu baru nak berbunyik
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la acik porum ckp kelmarin.budak2 tiktok memasing low IQ.
Pantang ada trend mengarut semua diikotnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-9-2024 07:48 PM
macam mana rupanya lagu tu? cer citer

bom bom bom
yes yes yes

skibidi skibidi

ko slo ler..kat benang mna tah berderet lagu tu

depa gila..sonok wooo layan oang gila

GISBH..kumpulan orang Gila Sendirian Berhad Holding
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 10:17 PM | Show all posts
sebab lagu tu catchy nok takpa benda ni kejap aje nanti datang trend baru senyapla bebudak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 30-9-2024 10:17 PM
sebab lagu tu catchy nok  takpa benda ni kejap aje nanti datang trend baru senyapla bebudak ni

Kannnn
Takat sekali tgk je
Ada yg btl2 catchy
Ada yg cringe


Tp still iols rs kelakor sgt part skibidi bidi tu
Dh mcm nursery rhymes
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pbt seorang yang teliti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 11:06 AM | Show all posts

banyak sgt la thread sarban batik ni tak larat nak klik semua. acik2 ulang2 benda sama ja tokey cari forum senyum gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tepek bidio nak dengar skali saja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 1-10-2024 12:07 PM
Cer tepek bidio nak dengar skali saja..

Yg ni kot.


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu Power kaabah !



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:22 PM | Show all posts

kelakar gile la.. nasyid ke camni?
siap menari2 bagai
adoila..
pengikut2 dia memang tergamak ek ikut mende2 camni.
adoila
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:29 PM | Show all posts
Tiada vibes dan keperluan nak kena tahu lagu2 atau kenapa ia dicipta..
Ada org interview pencipta lagu Abuya Skibidi tu terus scroll lain tak perlu nak dengar dan tahu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 1-10-2024 04:22 PM
kelakar gile la.. nasyid ke camni?
siap menari2 bagai
adoila..


Kita org luar yg dengar mmg la rasa lawak/sesat..tapi bagi dorg yg dah didoktrin dari kecik tak kan rasa lagu tu ada salah apa2 pung
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa sangat duk gigih nyanyi lagu GISB tuh????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
akk ofis i dk selalu nyanyi..i dgr gitu gitu je..risau lps dgr nanti kot jd pengikut
tp i suka lagu yg dlm gereja tu..huhu..sbb lgu tu sdp tp i xmengayati pun mksd deyols tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 06:34 PM | Show all posts
masa PRU semua jaran sesat konpem pangkah PAS
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Freezies replied at 30-9-2024 08:54 PM
Betul la acik porum ckp kelmarin.budak2 tiktok memasing low IQ.
Pantang ada trend mengarut semu ...

Budak2 TikTok ni semua benda nak kena positif dan husnuzon. Hatta benda salah pun. Masuk FB ambik kau acik2 bantai terus. Beselah acik2 FB kan zaman getah paip. Bbnu TikTok ni zaman manja. Jadi bodoh plak masing2. Lembab. Geram plak aku baca komen masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 09:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.684966 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list