KUALA LUMPUR: Jualan telefon boleh lipat perdana terbaru HONOR, Magic V3, mencatat kejayaan luar biasa di Malaysia dengan peningkatan jualan dua kali ganda pada minggu pertama pelancarannya, meningkat sebanyak 137 peratus berbanding model terdahulu, Magic V2, demikian mengikut HONOR Malaysia dalam satu kenyataa,
Katanya, peranti berharga RM6,999 itu, tersedia dalam pilihan storan 12GB RAM dan 512GB memori, menarik minat penggemar teknologi dan golongan profesional berikutan rekaannya yang ringan serta ketahanannya yang ditambah baik.
"Dengan paparan canggih, pengalaman AI yang dipertingkatkan, hayat bateri lebih lama, dan prestasi yang mengagumkan, HONOR Magic V3 telah menerima sambutan luar biasa daripada pengguna tempatan," katanya.
HONOR Magic V3, yang hadir dalam tiga pilihan warna premium iaitu Mossy Green, Silk Brown, dan Classic Black, bukan sekadar nipis dan ringan, malah menawarkan ketahanan yang luar biasa.
Dilengkapi dengan HONOR Super Armored Inner Screen dan pelindung HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield, ia melindungi paparan daripada calar atau jatuhan pada skrin luar dan dalam.
Rekaan inovatif engsel HONOR Super Steel pula membolehkan peranti ini bertahan sehingga 500,000 kali lipatan, di samping penarafan kalis air IPX8, menjadikan ia pilihan terbaik bagi pengguna yang mementingkan ketahanan. Dengan ketebalan hanya 9.2mm dan berat 226g, peranti ini memberi pengalaman penggunaan yang mudah tanpa menjejaskan ketebalan seperti telefon flagship bar biasa.
Skrin besar HONOR Magic V3 membolehkan 'multitasking' yang lebih mudah, termasuk mod multijendela yang membolehkan pengguna membuka sehingga empat aplikasi serentak, menjadikannya seakan tablet atau komputer riba mini.
Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri-ciri AI seperti Face to Face Translation, yang menyokong sehingga 10 bahasa termasuk Bahasa Malaysia, AI Eraser, dan HONOR Notes, yang meningkatkan produktiviti pengguna." katanya.
Dari segi prestasi, HONOR Magic V3 dikuasakan oleh prosesor Qualcomm Snapdragon® 8 Gen 3 dan dilengkapi bateri karbon silikon generasi ketiga 5,150mAh, yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan tanpa wayar 50W melalui HONOR SuperCharge.