View: 25788|Reply: 16
|
[Tempatan]
Kisah inspirasi: Siapa lapar datang ambil resit
[Copy link]
|
|
Kisah inspirasi: Siapa lapar datang ambil resit
https://www.malaysiakini.com/news/722105
Kishaanthini Palani
Diterbitkan: Oct 10, 2024 8:30 AM
Dikemaskini: 8:30 AM
Sejak beberapa tahun kebelakangan, semakin banyak restoran dan kedai makan yang mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, dengan menyediakan makanan yang sudah dibayar untuk dinikmati mereka.
Salah satu daripadanya adalah Choon Guan Hainan Coffee yang terletak di Pandamaran, Selangor.
Pemilik restoran itu, David Kan Yew Weng berkata masyarakat setempat yang tidak berkemampuan boleh datang ke restorannya dan memilih mana-mana hidangan yang sudah dibayar oleh pelanggan sebelumnya.
Menurutnya, mereka hanya perlu mengambil mana-mana resit yang dipamerkan dan menyerahkannya kepada pekerja di kaunter.
“Mereka hanya perlu mendapatkan resit dan menjamu selera,” kata David ketika dihubungi Malaysiakini.
David Kan Yew Weng
Mengimbas kembali, David berkata dia terpanggil untuk melakukan usaha itu selepas melihat ibunya sering memberi makanan kepada orang yang memerlukan satu ketika dahulu.
Ketika itu, katanya, restoran itu diuruskan oleh ibunya yang mengambil alih daripada datuknya yang juga pengasas Choon Guan Hainan Coffee.
“Dulu, Pandamaran hanya sebuah kampung dan hampir setiap hari ada orang datang ke kedai untuk meminta makanan dan minuman.
“Ibu saya akan beri makanan yang ada seperti roti, nasi atau kuih kepada mereka,” katanya.
Mulakan sendiri
Menceritakan cabaran yang dihadapi, David berkata pada mulanya tiada pelanggan yang sanggup membayar makanan untuk orang lain sehinggakan dia dan para pekerjanya terpaksa melakukannya sendiri.
Langkah itu menjadi permulaan yang baik apabila pelanggan lain turut terpanggil untuk menyokong usaha mereka, katanya.
“Hari ini, sudah banyak makanan yang dibayar terlebih dahulu sehingga kami memerlukan lebih ramai orang untuk datang menuntutnya,” katanya lagi.
Antara pelanggan yang sering berkunjung ke Choon Guan Hainan Coffee adalah Mazrina Yasir yang memuji usaha yang dilakukan David.
Dia turut memuji restoran itu yang menurutnya menyediakan makanan yang sedap dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
“Harganya memang murah. Kalau pergi satu keluarga, belanja RM50 pun kita sudah puas makan,” kata wanita berusia 35 tahun dari Puchong itu, ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, David berkata harapannya - sama seperti ibunya - adalah untuk membantu mereka yang sedang berdepan kesusahan.
Dia juga berharap jika mereka berjaya keluar daripada kesusahan hidup, mereka juga akan membantu golongan yang ditimpa nasib yang serupa.
David berkata dia akan meneruskan inisiatif itu walaupun ada segelintir pihak yang meremehkan usaha sebuah perniagaan kecil seperti mereka.
“Choon Guan Hainan Coffee akan berada untuk mengisi perut anda dan bersama anda menempuhi kesukaran yang dihadapi,” katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo kat 7e byr harga brg pastu brg2 tu dia masuk dlm kotak utk donation. brg2 mcm biskut, susu, milo, gula, teh kopi dll
kat kedai mkn pon ade kan org sedekah dgn byrkan stranger yg tgh mkn. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Harap ramailah yang kembangkan konsep bantu orang yang tak ada duit ni at least spt makanan dan masyarakat biarlah jujur, yang ada duit janganlah ambik peluang pulak sebab kononnya dapat makan free..
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai mamak ada gak kan buat konsep mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 10-10-2024 02:18 PM
Bagus. Harap ramailah yang kembangkan konsep bantu orang yang tak ada duit ni at least spt makanan d ...
kita rohingya vole ka abang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa kalau org susah segan nak meminta2...
Sanggup tak.makan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada yang mcm ni buat..
Moga yang betul2 susah dpt makan ..i |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cantthinkofany at 10-10-2024 08:06 PM
mcm maner ko nak war2kan pada orang yg tak de duit tu yg ada makanan free utk diarang?...aku tak rasa orang tak berduit akan kebetulan pulak masuk kan kedai ni and belek2 resit tu...
plus ada ke orang yg gi makan kat situ bergaul ngan gelandangan and bgtau yg diarang boleh gi kedai tu utk dapatkan makanan free.....
my issue is....how do the gelandangan or orang tak de duit know they can get free food kat kedai tu??....
mmg usaha ni murni sangat....tp kena ada closure...or a cycle of processes....apa yg plan are being executed effectively....sbb di saat dan ketika ini yg aku nampak yg untung mmg tuan kedai...barang tak jual lagi tapi duit dah dapat.... |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-10-2024 02:22 PM
kedai mamak ada gak kan buat konsep mcm ni
Ada… salah satunya Shariff Maju @ Cyberjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tazzabar nak tunggu episod keenam Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 10-10-2024 03:18 PM
kita rohingya vole ka abang???
rohingya bleh makan rumput wokey!!! Moooooo |
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga replied at 10-10-2024 09:50 PM
rohingya bleh makan rumput wokey!!! Moooooo
Tada baik la abang...kita pun Malezia worang...sini duduk lama suda la... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 10-10-2024 07:24 PM
Biasa kalau org susah segan nak meminta2...
Sanggup tak.makan...
Kesian dah la miskin bodoh pulak tu, sistah. Dah lapar tu makanlah bodoh, tambah akak lagi sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 10-10-2024 10:24 PM
Kesian dah la miskin bodoh pulak tu, sistah. Dah lapar tu makanlah bodoh, tambah akak lagi sissy. ...
Hahahaha..hampeh..
Ada satu orang ni..yang iols kenal..
Anak dah le berderet...surau bg sumbangan sanggup tak nak amek
Katanya jangan masuk campur urusan keluarga..
Kena agaknya dgn ayat uols ni kaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak cakap pun untuk gelandangan semata2, dia tulis situ sesiapa yg lapar, could be anyone yg lapar tapi tak de duit nak makan. Gelandang sekarang makan lagi mewah dr orang bekerja.
Ni macam pay if forward la, banyak dah kedai makan buat macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|