CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36245|Reply: 7

[Tempatan] Polis tahan lelaki terbabit kes buli jalanan, gilis mangsa

[Copy link]
Post time 10-10-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan lelaki terbabit kes buli jalanan, gilis mangsa

https://www.malaysiakini.com/news/722154

Diterbitkan:  Oct 10, 2024 1:37 PM
Dikemaskini: 1:37 PM



Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes buli jalanan yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Suspek berusia 26 tahun, yang bekerja sebagai penjual komponen kenderaan, ditahan pada 5.30 petang semalam di Meru, Klang dan polis turut merampas kenderaan yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.



Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian pada 9.45 malam, Sabtu lepas suspek dipercayai memandu secara melulu serta menghimpit sebuah kenderaan yang dinaiki lelaki tempatan bersama isteri serta seorang anak perempuan di kawasan Bulatan Kayangan, Seksyen 10 di Shah Alam.

Beliau berkata kedua-dua kenderaan kemudiannya berhenti di tepi jalan berhampiran hentian bas berdekatan sebelum suspek datang ke arah kenderaan mangsa dan cuba menarik kunci kereta semasa mangsa membuka pintu namun tidak berjaya.

“Berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan mangsa sebelum suspek masuk semula ke dalam kereta dan cuba melanggar mangsa sebanyak dua kali.

“Cubaan pertama dielak mangsa namun kali kedua mangsa telah dilanggar sehingga terjatuh dan kaki kanannya digilis tayar kereta sebelum suspek memecut melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa berumur 49 itu mengalami kecederaan keretakan kecil di kaki kanan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam.



Mohd Iqbal berkata mangsa yang bekerja sebagai jurulatih kapal laut telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 10.28 malam hari yang sama.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan  suspek mendakwa kenderaannya dihalang oleh kereta dipandu mangsa semasa hendak ke susur kiri dari arah Bulatan Kayangan Seksyen 10 menghala ke Seksyen 7.

Mohd Iqbal berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah namun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis Benzo.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah ASP Md Anuar Md Amilah ditalian 019-2255597 bagi membantu siasatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg polis gelek bunuh budak sekolah tu apa cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih dadah mcm ni tak pulak terserempak dgn org mcm acik giler kat terengganu yg bawak kete siap sondol anak org smpi mati kan. Manusia tak guna mcm ni buat panas dunia je...org lain nk hidup tenang2 pun tak boleh. Mati cepat sikit lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi pung iols dikejar.oleh lori 3 tan disebabkan iols hon dia nak masuk.jalan iols melulu...
Iols buat derk je..
Dia ikut sampai daycare anak iols ..
Pastu iols buat dunno jelah...kamera banyak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiahlemau replied at 10-10-2024 06:24 PM
Penagih dadah mcm ni tak pulak terserempak dgn org mcm acik giler kat terengganu yg bawak kete siap  ...

Yakin sangat kau yang kena bunuh dengan pompuan gila tu berguna sangat sissy kiah oiiii…
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-10-2024 06:06 PM
Yg polis gelek bunuh budak sekolah tu apa cerita?

Ye la lama x dgr citer dia, dlm tt ckp dia dibebaskan dgn ikat jamin,  klau 302 blh jamin mmg kuat la kabel dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 08:46 PM | Show all posts
mangsa tu pun satu hal... kalau pun boleh sangat nak hentak budak tu, fikir la kau ada anak bini... mengalah aja... nak sangat henti, henti kat stesen minyak atau depan kedai mamak... kalau dia blok habisan, jangan keluar.. hon aja... tunggu orang lain berhenti tengok apa masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 10-10-2024 07:22 PM
Yakin sangat kau yang kena bunuh dengan pompuan gila tu berguna sangat sissy kiah oiiii…

Jangan la begitu sis.. pada kak kiah,selagi hidup tak susahkan org lepas tu boleh bagi manafat pada keluarga negara dan masyarakt...manusia berguna la tu..haaa gitu kak kiah berpikiran positif. Yg mati muda ni dosa pun tak banyak lepas tu masih ada doa dari mak ayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051900 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list