View: 41043|Reply: 4
|
[Tempatan]
Pegawai kanan polis bersekedudukan ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman
[Copy link]
|
|
Pegawai kanan polis bersekedudukan ditahan JIPS
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... dukan-ditahan-jips/
Oleh HARRITH HISHAM
10 Oktober 2024, 11:07 pm
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah rumah di Cheras, semalam.
Difahamkan, penahanan itu dibuat menerusi serbuan dijalankan Cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira pukul 1.40 pagi.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tangkapan dijalankan susulan maklumat terdapat aktiviti bersekedudukan melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah di kediaman terbabit.
“Siasatan masih dijalankan, setakat ini tiada pengesahan pekerjaan wanita yang ditahan bersama pegawai kanan polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah iols Komen dulu...semua bz kat benang sebelah ye..Silalah Komen apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
berapa rakyat malaysia tong tong bayar pegawai tu secara bulanan ya?
dia sign tak yang baru ni? yg naik gaji tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii private org pun ko kecoh, klu dah dua2 bersetuju org lain peduli apa |
|
|
|
|
|
|
| |
|