CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43501|Reply: 6

[Tempatan] Tauke restoran nasi kandar mengaku salah`suap' pegawai Imigresen RM10,000, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen

[Copy link]
Post time 11-10-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Tauke restoran nasi kandar mengaku salah `suap' pegawai Imigresen RM10,000

https://www.bharian.com.my/berit ... i-imigresen-rm10000

Muhamad Lokman Khairi - Oktober 11, 2024 @ 11:00am
[email protected]


Rezaul Shajahan Ali dikawal anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini. - NSTP/L MANIRAMAN

IPOH: Seorang pemilik restoran nasi kandar didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku salah memberi rasuah RM10,000 kepada pegawai Jabatan Imigresen.

Rezaul Shajahan Ali, 37, warga Bangladesh, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman yang turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan wang rasuah RM10,000 itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, lelaki itu didakwa memberi suapan RM10,000 kepada pegawai Imigresen di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Meru Utama, di sini, pada jam 3.30 petang, 12 September lalu.

Suapan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap 13 pekerja tertuduh yang tinggal di Malaysia tanpa pas sah dan melebihi tempoh dibenarkan.

Kumpulan pekerja berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Bapa lima anak itu dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Akta 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharul Azuan Ghazali dan Mohd Afiq Adnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada pegawai imigresen tersebut kerana tidak termakan rasuah.

Tapi bak kata kakimudibibirku, tak sengaja takpe, dimaafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:28 PM | Show all posts
bangla pun nak tumpang nama nasi kandar. Bini local ka? lepas tu rasuah immi staff. Lepas tu angkut sekampung kerja dengan dia. Lepas tu kena penjara 3 bulan saja. Lepas tu keluar penjara niaga macam biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni hukuman utk kesalaha rasuah baru
Dan kesalahan dia bawah akta imigresen tu jangan buat2 lupa & senyap pulak ye
Dakwa & jatuhkan hukuman maksima then perambat dia balik bangla

Mesti masa baru mendarat dulu badan kerempeng mcm typical bangla, now kemain gedempol ko ye sedap buat kerja haram
Elok dedahkan nama restoran dia then pakat boikot belaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 11-10-2024 12:28 PM
bangla pun nak tumpang nama nasi kandar. Bini local ka? lepas tu rasuah immi staff. Lepas tu angkut  ...

Gitula MO bangla..dh korang yg kata..'semoga dipermudahkan..Msia vole'....bila..bangla permudahkan,bangla voleh kan...ni la jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:42 PM | Show all posts
Rasuah tak apa.... asalkan bukan BABI..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama restoren dia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061480 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list