CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33574|Reply: 16

[Jenayah] Terlampau keras, Pengarah Jenayah Bukit Aman jawab dakwaan Tun M

[Copy link]
Post time 12-10-2024 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-10-2024 11:57 AM

KUALA LUMPUR: Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa polis dan kerajaan bertindak terlampau ‘keras’ untuk melumpuhkan operasi Global Ikhwan Services and Business Holding (GISB) Bhd adalah tidak tepat, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Dalam satu sidang media khas di ibu negara pada Khamis, beliau berkata, tidak wajar untuk membandingkan tindakan polis terhadap GISB dan tindakan terhadap Al-Arqam yang berlaku pada 1994, kerana peruntukan undang-undang yang berbeza.


“Masa 1994 kita punyai undang-undang pencegahan di mana kita tidak perlu pergi kepada sistem kehakiman. Kini, tangkapan kita semua dibawa ke sistem perundangan terbuka, yang mana kita harus cari bukti, dan prosedur itu very transparent.


“Dan pihak polis menguatkuasa undang-undang dengan peruntukan yang sememangnya diperuntukan untuk kami kuatkuasakan. Dalam konteks ini apa yang kita lihat bahawa elemen elemen penganiayaan dan pengabaian wujud untuk dibawa atau digunakan dalam memajukan perniagaan mereka ini,” katanya lagi.

Mohd Shuhaily berkata, menjadi beban tanggungjawab pihak polis ialah untuk buktikan berlakunya perlakuan (penganiayaan) tersebut dengan perniagaan yang dijalankan oleh GISB.


Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dalam wawancara khas dengan media sebelum ini berpandangan, tindakan ‘keras’ pihak kerajaan seolah-olah seperti ingin menghapuskan terus organisasi tersebut berbanding dengan kaedah membetulkan apa yang salah.


Beliau berkata, GISB merupakan sebuah syarikat berjaya yang beroperasi di 20 buah negara, dan tindakan polis seperti menghukum semua individu terlibat, sama ada bersalah atau tidak bersalah.


Bagaimanapun Mohd Shuhaily berkata, terdapat bukti seperti mana yang disebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa operasi perniagaan GISB cuba dimudah cara dengan kefahaman Aurad Muhammadiah, yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat sebelum ini.


“Jadi di situ (saya harap) dapat terangkan, konteks masa dan undang-undang satu ketika dulu, hari ini everything is transparent. Let the legal process takes its place. That is the process.


“Proses perundangan kita ini semakin matang dan harapan saya ialah untuk masyarakat di luar sana memahami proses perundangan. Pihak polis siasat, dan tanggungjawab kami sepenuhnya untuk cari segala bahan bukti untuk dibawa ke pihak pendakwa raya, yang akan mengkaji dan mengesyorkan tindakan apa seterusnya,” katanya lagi.


Astro Awani






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2024 07:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 07:52 AM | Show all posts

[TERKINI] GISBH:

Sebanyak 625 mangsa berjaya diselamatkan dalam Op Global yang kini memasuki fasa keempat

Sebanyak 97 kertas siasatan libatkan pelbagai kesalahan termasuk jenayah terancang dibuka

Op Global:

23 harta milik GISBH di 10 negara bernilai lebih RM50 juta dikenal pasti

16 ahli GISBH termasuk pengurusan tertinggi ditahan mengikut SOSMA tengah hari tadi

30 orang lagi ditangkap, jumlah kumulatif tangkapan 415- Bukit Aman

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketakutan ke, nyang??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Shhhhhhhhh... Biar dernag buat kerja u main dgn piut je la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Part ni, tak setuju dengan Tun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2024 11:00 AM | Show all posts
aku pun boleh bukak bisnes yang berjaya kalau segala tenaga kerja semuanya free jah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah dia gak dulu tak bertegas pun abuya tu
Patut drpd dulu lumpuhkan semua
Haramkan memana pertubuhan yg cuba wujudkan komuniti or perkampungan sendiri
Ko nk buat bisnes buatlah tp gajikan semua org bukan hanya ahli jemaah ko yg mudah tuk ko gula2kan
Yelaa kalau amik org luar mampus la org nk keje tak dibayar gaji.

Camnilah mana2 influencer yg ada ramai taksuber tu pun boleh gak korang buat bisnes pastu suh la taksuber korang keje takyah bayar gaji.
Maybe ada je yg nak keje sbb dah taksub sgt kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 01:21 PM | Show all posts
terdapat bukti seperti mana yang disebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa operasi perniagaan GISB cuba dimudah cara dengan kefahaman Aurad Muhammadiah

bahasa mudahnya menunggang. btw nyanyuk bukan alasan tak faham benda mudah sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 05:19 PM | Show all posts
Shayang replied at 12-10-2024 12:01 PM
Salah dia gak dulu tak bertegas pun abuya tu
Patut drpd dulu lumpuhkan semua
Haramkan memana pertubu ...

Zaman dia dulu lagi lah senang nak banteras sampai lunyai sebab tak payah naik court.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Abuya seorang yang teliti;
Sudah tentulah si kibidi bidi;
Bom bom bom,
Yes yes yes yes.

Sikidibidi,
Siki bom bom bom;
Yes yes yes,
Abuya bidi bidi.

Bom bom,
Abuya siki bidi bidi.



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 05:39 PM | Show all posts
Adakah kes di Memali dulu tindakan keras jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 12-10-2024 05:39 PM
Adakah kes di Memali dulu tindakan keras jugak?

Ibrahim Libya tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Keras dan panjang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 01:33 AM | Show all posts
sibok la engko ni...cakap x serupa bikin
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap tak serupa bikini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bikin bikini
Si kidi bidi bikin bikini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.092472 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list