Mayat lelaki OKU hilang 5 hari ditemui terapung di sungai
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 18, 2024 @ 8:38pm
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6093742442319823711_x_1729255094.jpg)
Anggota bomba membantu polis mengangkat mayat seorang lelaki OKU yang ditemui terapung di sungai Kampung Padang Terus. - Foto ihsan Bomba
Lelaki OKU hilang 5 hari lalu, ditemui terapung dalam sungai
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang sejak lima hari lalu ditemukan terapung dalam sungai di Kampung Padang Terus, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes penyelamatan bantuan polis untuk mengangkat mayat pada jam 6.16 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Radzi Abdul Talib tiba di lokasi bersama 10 anggota dan dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).
"Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat jasad seorang lelaki OKU yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.
"Tindakan operasi ialah mengangkat mayat yang terdampar di tebing sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1312888/mayat-lelaki-oku-hilang-5-hari-ditemui-terapung-di-sungai
|