CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6125|Reply: 0

[Perlis] Bot terbakar: Mangsa meninggal dunia selepas 4 hari bertarung nyawa

[Copy link]
Post time 21-10-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Bot terbakar: Mangsa meninggal dunia selepas 4 hari bertarung nyawa

Aizat Sharif[email protected]








Kangar: Selepas lebih empat hari bertarung nyawa akibat melecur teruk, seorang mangsa kebakaran bot nelayan di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, Khamis lalu meninggal dunia hari ini.

Nur Azman Abu, 45, yang melecur hampir 88 peratus badan menghembuskan nafasnya terakhir pada 8 pagi tadi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, punca kematian Nur Azman yang ditidurkan sejak Jumaat lalu adalah disebabkan luka lecur yang parah di seluruh badan.

"Seorang lagi rakan mangsa yang turut terbabit dalam kejadian itu masih dirawat di HTF," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian jam 11.55 malam Khamis lalu, Nur Azman dan rakannya Mohdmad Bakri Idham, 54, melecur disambar api selepas bot fiber dinaiki terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis.

Ketika kejadian, mangsa sedang bersiap untuk ke laut menangkap ikan dengan memastikan minyak, bateri dan kelengkapan bot yang lain lengkap sewaktu bertolak ke laut.

Namun apabila mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, secara tiba-tiba berlaku letupan sehingga mengakibatkan kebakaran.

Api dari letupan berkenaan menyambar kedua-dua mangsa mengakibatkan mangsa terbakar dan mangsa dihantar ke HTF untuk menerima rawatan.



Disiarkan pada: Oktober 21, 2024 @ 12:40pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146776/bot-terbakar-mangsa-meninggal-dunia-selepas-4-hari-bertarung-nyawa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043894 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list