CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44674|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak pertama wujudkan Bilik Kasih Wanita sebagai ruang rehat jururawat di HUS

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:58 PM | Show all posts |Read mode


Nancy (tiga kiri) menyaksikan penyerahan beberapa tajaan daripada rakan strategik bagi Anjung Kasih dan Bilik Kasih Wanita di HUS, hari ini.

KUCHING: Sarawak menjadi negeri pertama yang mewujudkan Bilik Kasih Wanita, ruangan khas untuk kegunaan para jururawat yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, Bilik Kasih Wanita adalah perkhidmatan tambahan yang disediakan untuk membantu para jururawat wanita yang memerlukan ruangan khas untuk berehat semasa bertugas.

"Ini adalah sesuatu yang baharu dan yang pertama kita buat di Malaysia dan kita berterima kasih kepada penaja kita, Perinsuran Brokar yang telah menaja RM76,300 untuk projek ini.

"Untuk permulaan, Bilik Kasih Wanita ini akan diwujudkan di tiga wad iaitu wad bersalin, wad perubatan wanita dan wad perubatan lelaki dan insya-Allah, akan ditambah lagi jika ada keperluan dan penaja," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serahan Tajaan Rakan Strategik Yayasan Kebajikan Negara Malaysia bagi Anjung Kasih dan Bilik Kasih Wanita di HUS di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Nancy berkata, Bilik Kasih Wanita dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang memberikan keselesaan dan ruang peribadi kepada jururawat wanita yang sedang mengandung, ibu yang perlu mengepam susu dan pada masa yang sama perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak untuk mendapatkan masa rehat yang lebih optimum.

Penggunaan ruang  rehat yang selesa dan serba lengkap itu katanya, akan dapat menguruskan keletihan mereka agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik serta mengelakberlaku kesilapan akibat keletihan semasa bertugas.

Nancy berharap negeri-negeri lain akan turut tergerak untuk mewujudkan Bilik Kasih Wanita di hospital negeri masing-masing dengan kerjasama rakan strategik.

Mengenai rancangan untuk mewujudkan Anjung Kasih Kedua di HUS, Nancy berkata, ia masih dalam perancangan serta pengumpulan dana bagi merealisasikannya.

"Kita memang sudah ada Anjung Kasih tetapi tidak mencukupi kerana keperluan berbeza di setiap tempat.

"Malah di Kuching, semasa saya menemu bual penghuninya ada yang sudah berada di sini tiga bulan dari Miri dan Kabong.

"Sebab itu, kita sedaya upaya menyediakan perkhidmatan ini untuk membantu keluarga atau waris pesakit kita yang memerlukan termasuk di Sibu, Miri dan Bintulu," katanya.

Pada majlis itu, Yayasan Amanah Raya turut memberikan tajaan berjumlah RM250,000 bagi penggantian kemudahan seperti katil, tilam, bantal, almari dan keperluan asas penghuni Anjung Kasih HUS.

Yayasan Kebajikan Negara juga menambah elemen baharu dengan mewujudkan Bilik Kasih Keluarga untuk Anjung Kasih menerusi tajaan RM52,500 daripada Alliance Islamic Bank Berhad.

Hadir sama Pengarah HUS Dr Ngian Hie Ung, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perinsuran Brokar Sdn Bhd Siti Rafidah Tan Sri Adenan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.212661 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list