CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19825|Reply: 0

[Perlis] Nelayan Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan, mengaku bersalah miliki ganja

[Copy link]
Post time 8-11-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan, mengaku bersalah miliki ganja

Aizat Sharif[email protected]




Seorang nelayan warga Thailand, Thanakrit Srichan, 27 Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan dan 10 sebatan kerana miliki ganja di Mahkamah Sesyen Kangar. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR




Kangar: Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja di Wang Kelian pada Ogos lalu.

Tertuduh, Thanakrit Srichan, 27, dari Satun, Thailand hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Siam oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Nurazlita Syed Salim Idid.

Berdasarkan pertuduhan, Thanakrit didapati memiliki dadah berbahaya jenis ganja seberat 100.04 gram di laluan import Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Kaki Bukit pada 5 Ogos lalu, jam 5.40 petang.

Justeru dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang dari lima tahun serta tidak kurang daripada 10 kali sebatan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Nurul Idayu Ismail dan Pegawai Pendakwa JKDM Perlis, Suriati Yahaya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah supaya memberikan satu hukuman penjara dan sebatan yang minimum kepada dirinya memandangkan dia masih mempunyai bapa dan seorang kakak.

Tertuduh juga sudah tinggal di negara ini selama 10 tahun.

Nurul Idayu pula dalam hujahan memohon mahkamah memberikan satu hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Sharifah Nurazlita kemudian menjatuhkan tertuduh hukuman penjara 70 bulan dan 10 kali sebatan dan hukuman dijalankan bermula dari tarikh ditangkap iaitu 5 Ogos lalu.




Disiarkan pada: November 8, 2024 @ 3:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1152778/nelayan-thailand-dipenjara-70-bulan-10-sebatan-mengaku-bersalah-miliki




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.560391 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list