CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2048|Reply: 0

[Sabah] Stor farmasi Hospital Papar terbakar

[Copy link]
Post time 12-11-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode


PINDAH: Sebahagian pesakit yang dipindahkan selepas kebakaran stor farmasi Hospital Papar.

PAPAR: Stor farmasi Hospital Papar seluas 50X25 kaki persegi musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 7 malam Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, kejadian bagaimanapun tidak membawa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Kebakaran melibatkan dua buah bangunan iaitu sebuah stor perubatan farmasi jenis kekal musnah sepenuhnya dan bangunan bilik sajian makanan turut terjejas selepas terkena bahangan kebakaran.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan, 200 kaki sumber air dari jentera dan pili bomba terdekat.

“Pasukan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Hospital Papar juga menggunakan tiga aliran hose reel bangunan hospital untuk membuat pemadaman awal di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (HAZMAT) juga membuat pemeriksaan di lokasi kebakaran dan tiada sebarang keberbahayaan melibatkan bahan kimia, radioaktif dan gas beracun.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 8.46 dan tamat sepenuhnya pada jam 11.20 malam,” katanya sambil menambah operasi dilaksanakan seramai 37 anggota dengan bantuan BBP Kimanis serta Hazmat BBP Kota Kinabalu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, seramai 51 orang pesakit dalam di Hospital Papar dipindahkan sementara ke beberapa lokasi berbeza di hospital itu selepas kejadian.

Katanya, pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden ini dan seorang di zon merah sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) manakala tiga di zon kuning sedang menunggu untuk dipindahkan ke hospital sama.

"Daripada pesakit dalam, 19 pesakit lelaki ditempatkan di Dewan Bedah, 14 pesakit wanita ditempatkan di Wad Materniti, 14 pesakit kanak-kanak kekal di Wad Kanak-kanak sementara empat pesakit materniti, termasuk dua pesakit pos natal, kekal di Wad Materniti.

“Empat lagi pesakit di zon kuning masih berada di khemah sementara yang didirikan di luar kawasan hospital,” katanya menerusi hantaran di media sosial.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.400834 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list