CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4261|Reply: 0

[Sabah] Impian guru sediakan kalkulator untuk pelajar tertunai

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Antara pelajar yang menerima sumbangan kalkulator daripada PETRONAS.

KOTA BELUD: ‘Kalaulah saya orang berada, saya sendiri akan membelikan kamu kalkulator saintifik’ demikian kata-kata yang sering diungkapkan oleh Suriantika Zainuddin, seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 1, di sini, kepada pelajarnya.

Beliau tidak menyangka impiannya itu menjadi kenyataan melalui inisiatif PETRONAS 50 Dreams.

Baru-baru ini, sekolah itu menerima sumbangan 100 set kalkulator saintifik daripada syarikat itu, sekali gus menunaikan impian dan memenuhi keperluan kritikal pelajar di sekolah itu.

Suriantika berkata, Matematik adalah subjek yang semakin mencabar ketika ini dan lebih sukar untuk melaksanakan pengajaran sekiranya pelajar tidak mempunyai peralatan yang sesuai.

“Sekolah kami memang mempunyai kalkulator sebelum ini, tetapi tidak mencukupi dan tidak dalam keadaan yang baik.

“Dengan penggunaan kalkulator moden, pelajar yang bergelut untuk menguasai matematik mampu menyelesaikan soalan yang kompleks jika mereka mahir menggunakan peralatan berkenaan,” katanya.

Majlis penyerahan kalkulator itu berlangsung di sekolah itu baru-baru ini, di mana PETRONAS turut menganjurkan bengkel matematik untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia, yang menampilkan guru matematik cemerlang Zulkifle Mohamad dan Wirda Diyana Wan Ibrahim.

Suriantika, yang telah berkhidmat selama 16 tahun, yakin bahawa inisiatif sebegini akan dapat membantu mempromosikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di Sabah.

Jelasnya, bengkel itu juga dapat menjadikan matematik lebih seronok, sekaligus menghakis tanggapan bahawa matematik merupakan subjek yang sukar.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, ketika menyemak permohonan untuk 100 kalkulator saintifik, kami terharu dengan dedikasi guru-guru di sini yang begitu bersemangat untuk membantu pelajar.

“Kami berterima kasih kepada Suriantika kerana mengemukakan perkara itu dan terus menyokong usaha ini dengan sepenuh hati kerana ia selaras dengan komitmen kami untuk memajukan pendidikan STEM.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyerlahkan komitmen PETRONAS untuk memperkasakan masyarakat setempat tetapi memperkukuh semangat perpaduan yang tertanam dalam budaya Malaysia,” katanya.

Sempena ulang tahun PETRONAS yang ke-50, syarikat tenaga global berkenaan telah menganjurkan program PETRONAS 50 Dreams.

Menerusi program itu yang dilaksanakan sepanjang musim perayaan, PETRONAS merealisasikan 50 impian kalangan mereka yang memerlukan.

Di Sabah, selain menyokong impian Suriantika, PETRONAS telah merealisasikan tiga impian iaitu impian seorang kanak-kanak perempuan pengidap kanser rahim berusia 10 tahun untuk meraikan hari jadinya bersama keluarga di tepi pantai

Selain, impian seorang wanita di Kampung Sonsogon Magandai untuk menaik taraf perpustakaan dan dijadikan kelas bagi penduduk di kampung terpencil itu dan impian seorang porter untuk mendapatkan kelengkapan asrama mereka di Panalaban, Gunung Kinabalu yang turut digunakan oleh Malim Gunung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043163 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list