View: 21919|Reply: 10
|
Sylvester Stallone (Rocky Balboa) dakwa pertarungan Paul, Tyson hanya lakonan
[Copy link]
|
|
Las Vegas: Sylvester Stallone mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kemenangan dominan Jake Paul ke atas juara dunia dua kali, Mike Tyson, adalah hasil perlawanan yang sudah diatur.
Paul, 27, menguasai sepenuhnya perlawanan minggu lalu dengan Tyson, yang 31 tahun lebih tua daripadanya.
Paul berjaya melakukan 78 tumbukan sepanjang perlawanan yang berlangsung selama 16 minit, manakala Tyson hanya mampu melakukan 18 tumbukan sambil cuba bertahan untuk menghabiskan pertarungan penuh kontroversi itu.
Sebaliknya, Daniel Dubois, juara heavyweight IBF, melakukan 79 tumbukan dalam lima pusingan untuk menewaskan Anthony Joshua di Wembley pada September lalu.
Selepas kemenangan, Paul mendakwa bahawa dia sengaja menahan diri daripada menjatuhkan Tyson, bekas juara heavyweight tanpa tandingan.
Stallone yang terkenal dengan wataknya sebagai peninju ikonik Rocky Balboa, mendakwa Tyson 'membiarkan' Paul menumbuknya dan mempamerkan persembahan yang boleh dianggap layak menerima anugerah Oscar.
"erniagaan adalah perniagaan. Kadang-kadang anda perlu melakukan perkara yang sukar dan berkorban demi membantu keluarga anda.
"Saya sudah mengenali atlet luar biasa ini (Tyson) sejak dia berusia 19 tahun, dan apa yang kita lihat ialah dia memberikan salah satu persembahan Oscar.
"Tolonglah, Jake, bersyukurlah. Dia sudah menyelamatkan nyawa anda. Percayalah kepada saya. Teruskan menumbuk. Mike, tiada lelaki dan pahlawan seperti kamu.
"Teruskan berjuang, juara segala juara! Saya ingat satu ketika dahulu ketika saya terlanggar Tyson, ia seolah-olah saya nerlanggar dengan jentolak," tulis Stallone di Instagram.
Stallone bukan satu-satunya selebriti yang menguatkan naratif bahawa perlawanan Netflix di Texas antara Paul dan Tyson sudah diatur.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
nanti lwn dgn hasbulla pulak |
|
|
|
|
|
|
|
ank lwn pakcik....tak aci.... |
|
|
|
|
|
|
|
ofi coz lah.. kalah yang dibayar |
|
|
|
|
|
|
|
Jake paul ke, logan paul ke sama je. Dua2 kemaruk clout. Aku percaya je benda ni dirancang. Dia pon lawan yg pencen & kertu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk tajuk tadi ingatkan rocky mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
yela aku pecaya jer kalau btul berlakon pun,
zaman aku kecik layan tgk wwe lah wwf lah bila dh besar tau berlakon rasa tipah tertipu btol |
|
|
|
|
|
|
|
iols setuju dgn acik sylvester. semuanya angkara duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Mike Tyson tue memang kuatlah, tgk badan dia yg sekarang pun aiosl nampak mmg jenis keras dgn kelebihan dia kat bahagian leher dia, kalau tgk documentary, Mike ni bahagian strength dgn skills dia,so ai oercaya je dia kalah tp dapat duit |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah..mcm tengok show/konsert |
|
|
|
|
|
|
| |
|