CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65092|Reply: 7

Diskaun saman sebanyak 60 peratus PDRM diperluas ke seluruh negara bulan depan

[Copy link]
Post time 22-11-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode
=




KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan memperluaskan diskaun saman ke balai-balai polis seluruh negara pada bulan hadapan.


Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pemberian diskaun saman sebanyak 60 peratus sempena Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 akan menjadi penanda aras kepada program berkenaan.


Katanya, jumlah diskaun saman itu bergantung kepada perbincangan selepas ini.


“Kita selesaikan dahulu pembayaran saman di program Dua Tahun Madani sehingga Ahad ini. Kemudian kita akan bermesyuarat kita jangka ia (program diskaun saman seluruh negara) seawal pertengahan bulan depan.


“Tetapi kadarnya (jumlah diskaun) kita akan kaji. Diskaun 60 peratus ini istimewa sempena program ini sahaja (2TM). Kadarnya mungkin 30 atau 50 peratus,” katanya ketika ditemui ketika  melakukan tinjauan di kaunter saman PDRM di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, setakat pukul 3 petang tadi, sebanyak 11,620 saman telah diselesaikan melibatkan jumlah RM1.03 juta.


“Setakat pukul 3 petang tadi, kira-kira 3,000 orang sudah menyelesaikan saman dan kita jangka esok dan lusa akan lebih ramai kerana cuti hujung minggu.


“Untuk keselesaan pengunjung, kita menyediakan 25 kaunter pembayaran saman termasuk tujuh kaunter untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung.


“Kita turut menyediakan 21 mesin pembayaran layan diri dan 520 kerusi untuk keselesaan orang ramai menunggu sebelum membuat pembayaran saman,” katanya.  


Sumber : KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
gi byr cpt2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
byk untung lo
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
What a joke. Orang buat kesalahan, dapat reward instead pengajaran. Lepas ni, tak payah bayar saman awal. Membazir je. Terus-teruslahhh kumpul saman cos either you'll get the discounts or you will repeat the mistakes sampai ada kematian. Berapa banyak kes kemalangan yg serius, bila check driver's background saman bertingkek tingkek!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 11:07 AM | Show all posts
bunnyj3lly replied at 23-11-2024 07:46 AM
What a joke. Orang buat kesalahan, dapat reward instead pengajaran. Lepas ni, tak payah bayar saman  ...

exactly.


24 waran tangkap kau biarkan sampai berani gelek org with impunity.

habitual offenders pulak kau bagi diskaun saman.


dasar bodoh tak boleh di ajar
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya tetiap tahun ada diskon ni tak kira la zaman sape pemerintah pun.
rakyat pun tau dah, kene saman tggu ujung thn baru byr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg. Ddiskaun AES please..laju lebih sikit je...bukannye  mabukdam langgar org sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 03:16 AM | Show all posts
bunnyj3lly replied at 23-11-2024 07:46 AM
What a joke. Orang buat kesalahan, dapat reward instead pengajaran. Lepas ni, tak payah bayar saman  ...

nantey ckp gomen kejam la ..
tak cukup beli beras, minyak cap unta, bayor yuran bas pibg bagai dekkk..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.279640 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list