CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46307|Reply: 14

[Politik] 'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR

[Copy link]
Post time 15-12-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-12-2024 02:11 AM

Umno membantah rancangan yang dikatakan melibatkan Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan parti dan menyertai PKR.

Setiausaha Agung parti Asryaf Wajdi Dusuki berkata Umno tidak akan "menerima dan membenarkan" lompat parti bagi mana-mana anggota kerajaan campuran.

"Budaya mengambil ahli atau pemimpin parti masing-masing hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan.

"Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu hingga meruntuhkan Kerajaan akibat perlakuan khianat dan lompat-melompat serta mencuri ahli sesama kalangan parti dalam permuafakatan,” katanya.

Ini merujuk kepada Langkah Sheraton ketika Bersatu memburu beberapa ahli parlimen PKR untuk menyertai mereka berpaling tadah daripada kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan ketika itu.

Awal hari ini, Perdana Menteri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan perbincangan awal dalam parti berhubung potensi kemasukan Zafrul.

Anwar menambah, walaupun Pakatan Harapan tidak pernah menyokong langkah sedemikian, namun ia tidak pernah disekat.

Pada akhir 2020 dan awal 2021, lima wakil Amanah berpaling tadah dan menyertai PKR.

Asyraf hari ini berkata Anwar telah menghubungi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu.

Terdahulu, Zafrul, ahli majlis tertinggi Umno, menyatakan bahawa dia akan menangani khabar angin itu tidak lama lagi, termasuk spekulasi mengenai dia akan menggantikan Naib Presiden PKR Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor.

Peranan menteri Zafrul dijangka berakhir pada Disember 2025 berikutan had penggal jawatan senatornya, yang menghalang pelantikan semula.

Spekulasi yang timbul ialah dia dikatakan akan menyertai PKR, dipilih sebagai Adun melalui pilihan raya kecil, dan menggantikan Amirudin. Amirudin pula dikatakan akan menjadi menteri.

Bagaimanapun, semalam, Amirudin berkata dia akan berkhidmat sebagai menteri besar sehingga 2028.

MalaysiaKini



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2024 10:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan gelojoh sis.


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 11:18 PM | Show all posts
caras.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sembang cam vavi jugak bila join politik. Hasil semua x nampak lagi. Puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 01:48 PM | Show all posts
Masa Azmin keluar PKR ada yang menagis tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2024 05:04 PM | Show all posts
umno mula goyah... kalau zafrul dpt cabut ni mungkin akan jadi pemindahan ahli2 yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 06:05 PM | Show all posts
Hmm nak marah PKR curi member..Pi la marah member yang nak melompat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap nau najib...awat tak nak msk pkr....
                              
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengku sikal tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kata bodo kang marohh, zafrul tu bukan mp! cuma ahli umno, dia keluar pon tak mengurangkan kerusi umngok
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Da mcm parti komunis plk. Da msk x blh keluar. So suhakam mana? Tetiba jd bisu plk suhakam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 18-12-2024 10:02 AM
kata bodo kang marohh, zafrul tu bukan mp! cuma ahli umno, dia keluar pon tak mengurangkan kerusi um ...

kata bodo kang marohh, umno bantah tapi walanon2 tak bantah ape2 ke.. sekarang ni walanon2 dah sayang kat zafrul aziz ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 19-12-2024 01:25 PM
kata bodo kang marohh, umno bantah tapi walanon2 tak bantah ape2 ke.. sekarang ni walanon2 dah say ...

bukan masalah aku pon dia nak keluar masuk parti mana, takde kerusi yg dilarikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 1.785762 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list