CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17174|Reply: 0

[Johor] Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh

[Copy link]
Post time 19-12-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode

Seorang bekas tukang masak, Calvin Phua Kim Hau, 27, dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang lelaki di Mahkamah Tinggi, Johor. FOTO ISKANDAR ISHAK

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas tukang masak daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di hadapan kondominium di Plentong, di sini, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, Calvin Phua Kim Hau, 27, di akhir kes pendakwaan.

Abu Bakar dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan yang dilakukan tertuduh.

"Mahkamah ini telah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis, mahkamah ini berpuas hati bahawa kecederaan tubuh badan pada si mati mencukupi dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.

"Mahkamah berpendapat keterangan dua saksi pendakwaan tidak secara positif mengesahkan tertuduh yang melakukan tikaman ke atas si mati.

"Sekadar kehadiran tertuduh di tempat kejadian tanpa perlakuan lainnya tidak mencukupi untuk mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan," katanya.

Sebelum ini, Calvin Phua didakwa membunuh John Liew Yuan, 24 (ketika kejadian) di hadapan pos pengawal kondominium di Plentong, di sini, kira-kira 2.30 pagi, 3 Jun 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Seramai 13 saksi dikemukakan pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali sepanjang prosiding perbicaraan sejak 2022 dan Calvin Phua diwakili peguam Mohd Daud Ismail.

Pada prosiding hari ini, Calvin Phua yang kelihatan ceria selepas mendengar keputusan itu ditemani rakan-rakan yang hadir ke mahkamah.


Disiarkan pada: Disember 19, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 2.214511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list