CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25183|Reply: 0

[Sabah] BOHEX 2024 bakal jadi platform utama industri halal tempatan, ASEAN

[Copy link]
Post time 19-12-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode


MOHD ARIEF

KOTA KINABALU: Penganjuran Borneo International Halal Exhibition (BOHEX) 2024 akan dianjak pada 5 hingga 9 Februari tahun hadapan daripada tarikh asalnya iaitu 21 hingga 25 Disember 2024 berikutan perubahan program.

Pengarah Urusan Eminent Source Mohd Arief Hafizi Mohd Hashim berkata, penangguhan program yang dikelola oleh Eminent Source Sdn Bhd ini adalah untuk memastikan pengalaman yang lebih baik kepada semua pihak selain memastikan acara ini dapat memenuhi harapan tinggi semua peserta, pempamer dan pengunjung.

Katanya, BOHEX 2024 akan memberikan penekanan khusus kepadapemerkasaan Industri Kecil Sederhana (IKS), meningkatkan pemahaman penduduk setempat mengenai industri halal negara yang merangkumi bukan sahaja makanan tetapi pelbagai bidang lain.

Tambahnya, ia juga menjadi satu penanda aras kepada acara yang akan menghubungkan IKS dengan perniagaan lain melalui ‘business matching’.

Sementara itu, pihak penganjur dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, BOHEX 2024 dijangka akan terus menjadi platform utama dalam memacu perkembangan ekonomi halal global terutamanya di Sabah dan bakal menarik pelaburan serta kerjasama dua hala di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Acara yang akan berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu dijangka akan menarik perhatian pemain industri dari seluruh dunia dengan menawarkan peluang rangkaian strategik, pendedahan kepada inovasi teknologi halal terkini serta pengalaman budaya Borneo yang menarik.

“Pada masa sama pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan artis tempatan yang diadakan bagi menarik pelbagai golongan pengunjung,” katanya.

Hasil kerjasama erat antara JAKIM dan syarikat Eminent Source Sdn. Bhd. iaitu salah satu rakan strategik JAKIM yang bertapak di Sabah menjayakan BOHEX 2024 yang diharap dapat menjadi platform dalam memacu pembangunan industri halal terutamanya melibatkan IKS.

Pihak JAKIM turut menyatakan kerjasama strategik ini bukti komitmen JAKIM untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalamindustri halal global.

Jabatan itu memaklumkan, dengan potensi besar yang ada di Sabah, mereka yakin BOHEX akan menjadi platform penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi halal di rantau ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, BOHEX adalah peluang untuk Sabah memperkukuhkan reputasinya sebagai destinasi utama pelancongan dan perdagangan halal.

“Melalui kerjasama ini, kita bukan sahaja mengetengahkan keunikan budaya Borneo, tetapi juga membuka pintu kepada peluang ekonomi yang luas di peringkat antarabangsa.

“Acara yang akan berlangsung selama lima hari ini akan menampilkan lebih 500 buah tapak pameran yang akan dibuka di beberapa lokasi termasuk Dewan Kinabatangan, Dewan Sipadan, Open Plaza serta Sunset Walk.

“Dari segi penglibatan antarabangsa, sebanyak lapan buah negara menunjukkan minat untuk menyertai BOHEX, iaitu Indonesia, Brunei, Singapura, China, Thailand, Jepun, Arab Saudi, dan Kemboja,” katanya.

Antara sorotan Utama BOHEX 2024 termasuklah Pameran Produk Halal Terunggul dengan menyediakan ruang untuk lebih daripada 12 sektor industri halal, termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, fesyen, teknologi dan pelancongan.

Pameran ini menampilkan inovasi terkini yang mematuhi piawaian halal global, memberikan peluang kepada pengunjung untuk menerokai produk dan perkhidmatan yang beretika, mampan serta moden.

BOHEX 2024 juga membuka peluang rangkaian strategik iaitu medan pertemuan dalam kalangan industri, pemimpin global dan inovator teknologi dari pelbagai negara. Peserta boleh berinteraksi secara langsung dengan pembuat keputusan, pembekal, pembeli, dan rakan kongsi strategik, membuka peluang kerjasama perniagaan yang bernilai tinggi.

Pertemuan ini juga memberikan pengalaman budaya untuk semua lapisan umur kerana BOHEX menggabungkan elemen budaya tradisional dan moden Sabah dalam pelbagai persembahan dan aktiviti termasuklah pertunjukan kebudayaan, bengkel interaktif, permainan tradisional dan demonstrasi masakan halal.

Pengunjung akan berpeluang menikmati keunikan budaya Borneo yang kaya sambil meneroka ekosistem halal yang berkembang pesat.

Pada masa sama, BOHEX 2024 juga menjadi forum dan perbincangan industri melalui seminar dan forum bertaraf antarabangsa dengan pembicara berpengalaman yang membincangkan trend terkini, cabaran dan peluang dalam industri halal. Sesi perkongsian ini direka untukmemberikan pandangan kepada peserta mengenai hala tuju masa depan industri halal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.256580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list