BANTUAN: Pegawai PERKESO dan James ketika menyampaikan bantuan berkenaan kepada pencarum.
SANDAKAN: Dua individu menerima bantuan alat pemulihan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pada Khamis.
Mereka adalah pencarum PERKESO yang disahkan menghidap penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan dan bekerja.
Ketua Masyarakat Cina Kapitan James Leong turut hadir bersama pegawai PERKESO Sandakan untuk membuat serahan bantuan kepada pencarum berkenaan.
Seorang pencarum lelaki berusia 25 tahun yang disahkan lumpuh diberi bantuan kerusi roda, alat suction dan tilam khas.
Sementara itu, seorang pencarum lagi wanita berusia 53 tahun yang menghidap penyakit strok diberi bantuan lampin dewasa.
PERKESO turut menyampaikan kotak prihatin yang merupakan bakul makanan bagi meringankan bebanan kepada keluarga pencarum.
|