CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27263|Reply: 0

[Sabah] Ribuan penyokong sambut ketibaan Musa

[Copy link]
Post time 19-12-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-12-2024 08:14 AM



TIBA: Musa melambaikan tangan ketika turun dari pesawat di Terminal 2 LTAKK.
KOTA KINABALU: Ribuan penyokong membanjiri kawasan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini hari ini bagi menyambut ketibaan Yang Dipertua Negeri baharu Tun Musa Aman.

Pesawat yang membawa bekas Ketua Menteri itu selamat mendarat pada jam 12 tengah hari dan ketibaannya disambut oleh ahli keluarga, wakil kerajaan negeri dan juga barisan kepimpinan UMNO Negeri Sabah.

Para penyokong berpusu-pusu cuba mengambil gambar dan bersalam dengan Musa yang mula meninggalkan perkarangan Terminal 2 kira-kira jam 12.20 tengah hari.



SAMBUT: Ketibaan Musa disambut oleh ahli keluarga dan para penyokong.

Antara menteri kabinet negeri yang hadir menyambut ketibaan Musa adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib; serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew.

Selain itu, turut hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan Bendahari UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.


LAMBAIAN: Musa ketika meninggalkan perkarangan Terminal 2 LTAKK sempat melambai kepada penyokong.

Musa, 73, tiba di Sabah hari ini selepas menerima pengurniaan surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025 daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara semalam.

Pelantikan berkenaan mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah bagi tempoh empat tahun dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Musa bakal menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini selepas menyandang jawatan berkenaan selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.


SESAK: Keadaan laluan keluar di Terminal 2 LTAKK yang sesak dengan kehadiran ribuan penyokong.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.048264 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list