CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38839|Reply: 14

[Tempatan] Anjing dipercayai mati dipanah kerana silap masuk lorong

[Copy link]
Post time 27-12-2024 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Disember 27, 2024 @ 9:44am
[email protected]



Anjing dikenali sebagai Kutty dipercayai mati akibat tindakan kejam.


KUALA LUMPUR: Seekor anjing mati dilaporkan mati dipercayai dipanah pekerja hanya kerana memasuki lorong lain di sebuah ladang di Selama, Perak pada 22 Disember lalu.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R Kalaivanan, berkata anjing dikenali sebagai Kutty itu mengalami cedera parah sebelum mati akibat tindakan kejam berkenaan.

Katanya, SAFM mengecam kekejaman itu dan tindakan sedemikian tidak boleh dibiar berleluasa.


"Kekejaman itu mencabar prinsip asas kemanusiaan dan jelas melanggar undang-undang mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"SAFM berharap saksi kejadian tampil memberi keterangan dan membantu siasatan.

"Laporan rasmi boleh dibuat di balai polis terdekat, manakala aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) juga diperlukan untuk memulakan siasatan rasmi terhadap pelaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, keterangan saksi penting dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak bertanggungjawab

Beliau berkata, SAFM turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DVS menyiasat kes berkenaan.

"Kami menuntut penguatkuasaan penuh Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman berat terhadap pelaku kekejaman haiwan.

"Seksyen ini menyatakan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kekejaman terhadap haiwan masih berleluasa walaupun pelbagai kempen kesedaran dijalankan.

"Sudah tiba masanya kita memperkukuh undang-undang dan memastikan penguatkuasaan lebih tegas dan berkesan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 10:01 AM | Show all posts
RIP Kutty, ke syurgalah kamu nak. Dunia ni memang kejam untuk makhluk tak berdosa seperti kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila ke apa panah anjing..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:24 AM | Show all posts
aku percaya orang yg tkde perikemanusiaan ni akan mati terseksa.
jd jgn heran ler kot baca kematian yg tragis..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:27 AM | Show all posts
klo anjing yg mmg keja jaga ladang ke apa mmg tak ptt dimatikan ke apa.

yg anjing liar ni. dok ligan moto2 & beskal, tu bahaya.
kt kwsn psrborong ni byk gila anjing liaq.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 10:44 AM | Show all posts
tau la ko terer memanah
tp tak baik la panah anjing tu
ada history ke sis smpi sanggup ko panah die

entah2 anjing tu jgk antara yg halau haiwan liar mcm babi dr masuk kebun ko

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Panah tu ada sapu racun ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 27-12-2024 10:01 AM
RIP Kutty, ke syurgalah kamu nak. Dunia ni memang kejam untuk makhluk tak berdosa seperti kamu.

Aku selalu terpikir kesiannya jd binatang kurap kat donia ini.. bila mati jd tanah.. aku harap sgt depa masuk syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ka nama dia Kuttty. Ada bukti?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 11:12 AM | Show all posts
semoga pemanah tu akan mati digigit anjing kelak
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Terer memanah masuk la olimpik lawan korea selatan tu..panah anjing buat apa. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial..semoga mampus sapa yg panah dgn sengaja ni..fefeeling tentera sorga ke? Kepala hotak kau !!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:27 PM | Show all posts

Anjing dipanah kerana silap masuk lorong

Anjing dipanah kerana silap masuk lorong

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... silap-masuk-lorong/

Oleh NUR HIDAYAH MOHD. BOZID
27 Disember 2024, 11:22 am


Kutty dalam keadaan parah selepas dipanah.

PETALING JAYA – Seekor anjing yang diberi nama Kutty mati dipercayai dipanah pekerja hanya kerana tersalah memasuki lorong di Selama, Perak.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R Kalaivanan, kematian haiwan itu mencerminkan kegagalan masyarakat untuk melindungi haiwan yang tidak bersalah daripada penderaan.

“Tindakan kejam seperti ini sama sekali tidak boleh dibiarkan dan mencabar prinsip asas kemanusiaan, tindakan pantas dan tegas mesti diambil untuk menjamin keadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Kalaivanan, kejadian tidak berperikemanusiaan itu secara terang-terangan melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diwujudkan bagi melindungi haiwan daripada kekejaman.

Di bawah Seksyen 30 akta tersebut, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000, hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami menyeru mana-mana saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan. Keterangan saksi adalah bukti penting dalam memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Kalaivanan turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes tersebut.

“Kami menyeru seluruh masyarakat untuk bersatu dalam menegakkan hak haiwan dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pelaku.

“Keadilan untuk Kutty adalah keadilan untuk semua haiwan yang memerlukan perlindungan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 04:28 PM | Show all posts
Zalimnya!! Semoga pelaku mendapat balasan setimpalnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.051970 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list