CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19833|Reply: 9

[Dunia] Bas bawa pelancong Malaysia terbabas ke dalam tasik Norway

[Copy link]
Post time 27-12-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Bas bawa pelancong Malaysia terbabas ke dalam tasik Norway

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... dalam-tasik-norway/

Oleh KOSMO!
27 Disember 2024, 11:00 am


SEBUAH bas membawa pelancong Malaysia terbalik di Hadsel. - Foto ScandinaviaWind/X

OSLO –  Tiga penumpang terbunuh dan empat lagi parah selepas sebuah bas yang turut membawa pelancong Malaysia terbabas dari lebuh raya sebelum terjunam ke dalam tasik di Hadsel, utara Norway semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Bas membawa lebih 50 penumpang itu dalam perjalanan dari Narvik ke Solvaer apabila terbalik di Hadsel, dekat Raftsundet, di Kepulauan Lofoten yang menjadi  destinasi pelancongan popular di utara Norway.

Anggota-anggota pasukan kecemasan menghadapi keadaan yang mencabar di lokasi kejadian termasuk cuaca buruk menghalang operasi menyelamat.

“Sebahagian badan bas itu tenggelam di dalam air. Tiga kematian disahkan dan empat mangsa cedera parah. Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan telah memindahkan semua mangsa lain,” kata ketua polis tempatan, Bent Are Eilertsen

Mangsa-mangsa yang parah telah dihantar ke hospital manakala yang lain dibawa ke pusat perlindungan berdekatan termasuk di sebuah sekolah.

Pihak berkuasa mengesahkan penumpang di dalam bas berasal dari lapan negara berbeza iaitu Norway, India, China, Singapura, Malaysia, Belanda, Perancis dan Sudan Selatan.

Polis tempatan berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) selepas bas itu merempuh penghadang jalan sebelum berakhir di dalam Tasik Åsvatnet

Kedutaan China di Norway mengesahkan bahawa kira-kira 20 pelancong China berada di dalam bas itu dengan lima penumpang cedera ringan.

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store mengucapkan takziah susulan kematian tersebut.

Siasatan terhadap kemalangan itu sedang dijalankan. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 04:20 PM | Show all posts
takziah

sape la yg terbunuh tu
tak dedah lg warganegara mn kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemungkinan besar malaysia x, ramai xtau berenang
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau berenang pun tak guna.. hipotermia sekelip mata kalau dah tenggelam dalam bas tertutup pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Semoga takde la rakyat Malaysia yang terbunuh tu..semoga baik2 saja..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau warga malaysia yang puak2 pelampau tu akak okeh jah kalau mati sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 27-12-2024 07:33 PM
Kalau warga malaysia yang puak2 pelampau tu akak okeh jah kalau mati sissy.

Seriuslah akak pooh..

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 27-12-2024 09:23 PM
Seriuslah akak pooh..

Yach sissy… kurang sikit sampah kat doniyaaa nan fanaaaa ini sissy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042586 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list