View: 21698|Reply: 4
|
[Dunia]
Oh! Adik indon curi motor sebab rindu bapa
[Copy link]
|
|
Oh! Adik curi motor sebab rindu bapa
https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... r-sebab-rindu-bapa/
Oleh KOSMO
26 Disember 2024, 8:00 pm
Tangkap layar video CCTV menunjukkan VR melarikan motosikal milik jirannya. - Metro TV
JAKARTA – Seorang kanak-kanak berumur 11 tahun di Kota Bengkulu, wilayah Bengkulu nekad mencuri motosikal milik jiran kerana rindukan bapanya yang tinggal jauh, lapor program berita Liputan6 semalam.
Kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali sebagai VR itu mencuri motosikal Honda Beat milik mangsa kerana mahu melawat bapanya di Palembang.
Jarak Kota Bengkulu ke Kota Palembang adalah sekitar 440 kilometer.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Kota Bengkulu, Inspektor Widodo berkata, kanak-kanak itu tidak mendapat perhatian daripada ibu dan bapa tirinya.
“Dia tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya di Kota Bengkulu.
“Suspek bosan tinggal dengan mereka dan memutuskan mencuri motosikal untuk pergi ke Palembang bagi bertemu bapa kandungnya,” kata Widodo.
Tambah Widodo, selepas melarikan motosikal, kanak-kanak tersebut melanggar sebuah motosikal lain ketika hujan lebat.
“Kami menahan suspek selepas mendapat maklumat mengenai kemalangan ini,” ujarnya.
Dalam kejadian itu, VR pada awalnya mahu membeli makanan di warung mangsa sebelum dia melihat tiada sesiapa di lokasi tersebut.
Dia kemudian mengintai ke arah rumah mangsa yang sunyi sebelum masuk ke halaman kediaman tersebut dan mencuri motosikal. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak fikir habis ni, 400++ km tu ko nak kena isi berapa kali minyak motor...nak makan lagi...kurang2 12 jam juga |
|
|
|
|
|
|
|
kesian citer ni..kasi up lah..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh dan bahaya gila route yg dia nak ambil. Aku pernah baca pasal route palembang bangkahulu. Kena naik bas. |
|
|
|
|
|
|
|
msti bapaknya org yg baik, smpai anak dia snggup buat cmni |
|
|
|
|
|
|
| |
|