CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65471|Reply: 9

siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini

[Copy link]
Post time 28-12-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Mugunghwa kkoci pieot seumnida ...



Frasa popular ini bakal bermain-main di minda peminat-peminat siri ikonik Korea, Squid Game.
Memasuki musim kedua, Squid Game 2 bakal ditayangkan di Neflix hari ini selepas mengambil masa tiga tahun untuk bertemu peminat.

Memetik portal Los Angeles Times, pengarahnya, Hwang Dong-hyuk mencipta siri kali ini dengan menumpukan kepada watak utama yang mahu menumpaskan dalang di sebalik permainan sadis dan menamatkan permainan itu buat selamanya.

Menampilkan barisan pelakon dari musim pertama termasuk Lee Jung-jae sebagai watak utama, Gi-hun, edisi terbaharu ini turut membariskan wajah-wajah baru Lee Byung-hun, Yim Si-wan dan Kang Ha-neul.

Sebelum menonton, ini adalah soroton peristiwa yang berlaku bagi musim pertama:
Edisi pertama yang ditayangkan pada tahun 2021, mengambil nama daripada permainan kanak-kanak yang dimainkan di atas gelanggang menyerupai sotong.
Siri itu menampilkan 456 peserta yang dibebani hutang, dikumpulkan untuk bersaing dalam permainan kanak-kanak dan akhirnya bertemu maut.

Permainan itu wujud kerana peserta dianggap mempunyai masa depan yang suram dan mereka perlu ‘dilenyapkan’.
Peserta yang melanggar peraturan atau kalah dalam setiap permainan akan dibunuh sehingga hanya seorang peserta yang tinggal.
Peserta terakhir menjadi pemenang hadiah wang tunai 45.6 juta Won.

Squid Game musim pertama mendapat pujian peminat seluruh dunia terutamanya apabila ia dipadatkan dengan mesej tersirat - iaitu kritikan terhadap eksploitasi ekonomi dan masyarakat kapitalis melalui penceritaan pelbagai latar belakang peserta yang dilayan mengikut taraf ekonomi mereka.
Setakat hari ini, siri pertama yang masih ditayangkan di Neflix telah ditonton lebih 330 juta orang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengarnya full episodes dah released
Betul Ka?
Kat FB ramai org Komen bagi good feedback
Ada sesapa dah tengok?

Akak excited nak tengok Top jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 01:01 AM | Show all posts
Baru layan sampai ep2 setakat ni menarik!

Ade yg dah marathon semua episod ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg kata season 1 lg best
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
menguap nengok E01 & E02.. btw ni bukan patutnya masuk bod drama ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Best giler.... Iolss dah marathon 7 ep... Tp ending die akan sambung 2025
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la jugak
Tp geram lambat nau nak tunggu lagi 3epi

I teka, boat man tu kwn subahat 001
Dia yg suh selamatkan adik tiri lepas kena tembak
Tapi 001 S2 anak kpd 001 S1 kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 28-12-2024 01:01 AM
Baru layan sampai ep2 setakat ni menarik!

Ade yg dah marathon semua episod ke?

Dah, boring ya pada pendapat I. I byk cepat kan je. Part yg best waktu dorang main games. Selain dari tu byk sembang2 huhu.

Rasanya 456 tu over bila dia nk pi serang askar squid game. Dh tentu askar2 tu well trained n senjata semua dah prepare siap2. Last2 lagi byk peserta yg terkorban.

So semuanya ada brp episode? I dh tgok smpai 7.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pisanggoreng replied at 28-12-2024 02:01 AM
menguap nengok E01 & E02.. btw ni bukan patutnya masuk bod drama ke

Kan.. Punye boring ya tohann awal2 tu banyak scene merapu meraban apa tak tau la. Yg best tu start dorang dh masuk tempat squid game tu. Tapi pas habis game tu ada lagi scene sembang2 yg pada pendapat I tak best pun. Saja nk bg pnjg cerita kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053205 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list