CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64402|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak sakit jantung sejak lahir perlu dana RM95,000

[Copy link]
Post time 28-12-2024 03:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-12-2024 03:02 AM

Kanak-kanak sakit jantung sejak lahir perlu dana RM95,000



SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
27 Disember 2024 12:07pm



Muhammad Hadif memerlukan dana orang awam sebanyak RM95,000 untuk pembedahan segera.




BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun memerlukan bantuan dana sebanyak RM95,000 untuk menjalani pembedahan jantungnya.

Muhammad Hadif Arsyad Mohd Hafiz Arif dari Sungai Petani, Kedah itu menghidap penyakit jantung kongenital kompleks sejak dilahirkan.



Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, Muhammad Hadif disahkan mengalami masalah 'double outlet right ventricle' (DORV), 'mitral atresia', 'left ventricular hypoplasia', 'transposition of great arteries' (TGA) dan 'pulmonari stenosis' (PS) setelah doktor mendapati badannya kebiruan sejurus dilahirkan.

Bagaimanapun kata Sui Hau, Muhammad Hadif merupakan seorang kanak-kanak yang aktif.



]
Muhammad Hadif menghidap penyakit jantung kongenital kompleks sejak dilahirkan.


"Dia telah menjalani pembedahan jantung pada 2021, namun prosedur itu untuk kesan sementara waktu.

"Pemeriksaan terkini pada hujung September lalu mendapati dia mengalami tekanan pulmonari yang tinggi dan keadaan itu dikawal dengan mengambil ubat darah tinggi.


“Bagaimanapun, Muhammad Hadif perlu menjalani pembedahan segera demi menyelamatkan nyawanya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Menurut beliau, ibu bapanya, Mohd Hafiz Arif Azihar, 34, dan Nadiah Anati Zainol, 30, yang hanya mengusahakan warung di tepi jalan sejak dua tahun lalu dengan pendapatan bulanan RM2,500 tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan Muhammad Hadif.

"Selain Muhammad Hadif, pasangan suami isteri itu juga membesarkan dua lagi anak lelaki berusia 8 tahun dan lapan bulan.

Susulan daripada itu, keluarga Muhammad Hadif hadir ke pejabat kami baru-baru ini bagi memohon bantuan.

“Kami berbesar hati meluluskan permohonan keluarganya bagi membantu mengumpul dana sebanyak RM95,000.

"Tarikh pembedahan telah ditetapkan iaitu pada 30 Disember ini," jelasnya lagi.

Tambah Sui Hau, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3193433435) atau layari onehopecharity.org.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline 04-5399212/016-4192192/019-2322192/018-9114192.


https://www.sinarharian.com.my/article/704162/edisi/utara/kanak-kanak-sakit-jantung-sejak-lahir-perlu-dana-rm95000






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040648 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list