CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49094|Reply: 0

Dihukum kerana menghendap Puteri Qatar

[Copy link]
Post time 28-12-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Mahkamah Majistret Westminster. FOTO AFP.

London: Seorang pemandu dijatuhi hukuman perintah komuniti oleh Mahkamah Britain selepas menghendap puteri dari Qatar yang dia percaya menjalin hubungan dengannya, lapor PA Media/dpa agensi berita.

Jihad Abousalah, 47, didakwa menghendap Haya Al-Thani antara 1 Mac dan 23 Mac tahun ini. Prosiding kes itu didengar di Mahkamah Majistret Westminster, semalam.

Dia hadir di mahkamah dengan mengenakan kemeja dan seluar serta gaya jambang yang panjang.

Mahkamah mendengar bahawa Abousalah bekerja sebagai pemandu untuk Al-Thani, yang merupakan ahli keluarga diraja Qatar.

Namun, dia mula percaya dia menjalinkan hubungan dengan puteri itu.

Pendakwa raya David Burns berkata, Abousalah menghantar bunga kepada puteri itu.

"Dia menghantar nota mengucapkan selamat hari lahir dan hadiah yang termasuk gelang dan bunga. Dia kemudian mula menghubungi Al-Thani.

"Pengadu tinggal di Doha dan mula menerima beberapa panggilan," katanya.

Abousalah juga hadir di kediaman Al-Thani dan cuba memberikan bunga kepada seorang kakitangan untuk diserahkan kepada puteri itu.

"Pengadu berkata hakikat bahawa itu adalah alamatnya (kediamannya) membuatkan beliau berasa takut," katanya.

Mahkamah mendengar bahawa Al-Thani sangat bimbang dengan tingkah laku Abousalah sehingga beliau meminta suaminya, Mohamed Al-Thani untuk mengupah pengawal peribadi.

"Pengadu telah menyatakan beliau telah bercakap dengan suaminya tentang mengupah pengawal peribadi.

"Beliau berkata insiden itu telah menyebabkan beliau cemas dan tertekan. Beliau juga berkata tidak boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

"Beliau juga merasakan memerlukan perlindungan untuk dirinya dan untuk anak-anaknya," kata Burns.

Tambahnya, Al-Thani berasa takut kerana Abousalah mengetahui jadual anak-anaknya dan dia sering melihat ke luar tingkap ketika berada di rumah untuk memeriksa sama ada dia berada berdekatan.

Sundeep Pankhania, yang mewakili Abousalah dalam mitigasi, menyatakan bahawa anak guamnya mengalami penyakit mental pada masa kesalahan itu.

"Dia mempunyai pandangan yang tidak betul bahawa dia mempunyai hubungan dengan puteri itu.

"Dia menceraikan isterinya kerana dia benar-benar mempercayai perkara itu," katanya.

Abousalah telah ditangkap dan didakwa menghendap, sebelum mengakui pertuduhan itu pada perbicaraan awal.

Hakim Louisa Cieciora berkata, sudah "dengan teliti" mempertimbangkan kandungan laporan perubatan sebelum menjatuhkan hukuman kepada Abousalah.

"Tanggungjawab anda berkurangan dengan ketara disebabkan gangguan mental anda," katanya.

Hakim berkata kelakuannya telah menyebabkan "tekanan yang sangat serius" kepada mangsa.

"Saya mengambil kira penyesalan anda dan saya terima ia adalah ikhlas," katanya.

Hakim menjatuhkan hukuman perintah komuniti selama 12 bulan kepada Abousalah, serta keperluan aktiviti pemulihan selama 30 hari.

Selain itu mahkamah juga mengeluarkan perintah sekatan selama tiga tahun, memerintahkannya untuk mengelakkan Al-Thani dan suaminya serta kawasan Hyde Park.


Disiarkan pada: Disember 28, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039592 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list