CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43661|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pasangan kekasih ditahan bersama dadah RM18,194

[Copy link]
Post time 29-12-2024 07:28 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA dadah yang dirampas daripada seorang lelaki dan seorang wanita ketikanditahan di kawasan Taman Dusun Nyior, di sini, awal pagi semalam. FOTO ihsan POLIS

Seremban: Seorang lelaki dan teman wanitanya ditahan di kawasan Taman Dusun Nyior, di sini, bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM18,194.

Suspek masing-masing berusia 38 dan 54 tahun itu ditahan dalam operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Rahang pada jam 1 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek menjumpai dadah jenis Methamphetamine, Heroin dan Eramin 5.

"Hasil pemeriksaan menjumpai 12 paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 151.15 gram, 18 paket plastik lut sinar dan satu bungkusan kertas putih berisi bahan disyaki heroin anggaran berat 96.84 gram dan empat biji pil eramin 5.

"Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM18,194.00. Polis turut merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM2,699," katanya tadi.

Menurutnya, ujiran saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

"Polis turut mengesan rakan-rakan sejenayah suspek yang lain dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah atau penyalahgunaan dadah boleh salurkan kepada polis dengan menghubungi talian 06-6032222 atau hotline WhatsApp 012-6062702," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040504 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list