CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33218|Reply: 0

[Johor] Selepas 10 tahun, hari ini Ahad terakhir Johor bekerja, bersekolah

[Copy link]
Post time 29-12-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Bandaraya Johor Bahru. - NSTP/Fail

JOHOR BAHRU: Johor akan kembali bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan, menjadikan hari ini Ahad terakhir hari bekerja di negeri ini.

Ia selaras titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada Oktober lalu bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri ini ditukar kepada Sabtu dan Ahad selepas mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Perubahan itu dijangka memberi impak kepada sektor awam dan swasta, termasuk penyesuaian jadual kerja dan operasi perniagaan selepas 10 tahun Johor mengubah cuti hujung minggunya kepada Jumaat dan Sabtu, cuti asal yang dilaksanakan sekian lama di negeri ini sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Tiga negeri masih mengekalkan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini hari ini mendapati sektor pekerjaan dan sekolah berjalan seperti biasa dan rata-rata masyarakat meluahkan kesediaan untuk menikmati cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad mulai minggu depan.

Ejen insurans, S Reeshan, 33, berkata perubahan cuti hujung minggu akan meningkatkan aktiviti ekonomi kerana lebih ramai keluarga akan keluar bercuti.

Katanya, sektor ekonomi pada cuti Sabtu serta Ahad dijangka meningkat, ditambah dengan kehadiran pengunjung dari negara jiran yang mempunyai waktu cuti hujung minggu sama.

"Bagi sektor kerajaan, memang akan ada impak yang besar, contoh jika pasangan suami isteri, suami kerja kerajaan dan isteri bekerja swasta, akan ada impak besar, iaitu mereka akan meluangkan masa bersama keluarga sepenuhnya pada hujung minggu.

"Cuma pastinya kesesakan jalan raya akan berlaku di bandar raya ini apabila pengunjung Singapura datang pada hujung minggu. Kesesakan di kawasan sempadan dan lebuh raya perlu diberi perhatian," katanya.

Peniaga, Raendang Awang, 55, berharap perubahan itu memberikan kesan positif walaupun perlu menyesuaikan diri.

"Dulu Jumaat pelanggan ramai sebab urusan kerajaan, sekarang kena tunggu dan lihat kesannya dalam sebulan dua. Kami akur dan harap semuanya baik," katanya.

Peguam, Baharudin Bahrin, 40-an menyambut baik penyelarasan cuti yang memudahkan pengurusan kes mahkamah.

"Apabila cuti selaras dengan negeri lain, urusan kerja lebih lancar. Masa untuk keluarga juga lebih banyak," katanya.

Disember 29, 2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035913 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list