CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10249|Reply: 0

Nahas pesawat di Kazakhstan: Presiden Azerbaijan minta Rusia bayar pampasan

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:34 AM | Show all posts |Read mode

ALIYEV, menghadiri sesi wawancara bersama Azerbaijan Television di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev, Baku, Azerbaijan, pada Ahad. FOTO web rasmi Presiden Republik Azerbaijan/Reuters

Istanbul: Azerbaijan pada Ahad meminta Rusia mengakui kesalahan, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan membayar pampasan berikutan nahas pesawat penumpang negara itu di Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap kepada pemberita di Baku, Presiden Ilham Aliyev mengesahkan bahawa pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) yang terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan rosak teruk akibat tembakan dari darat dan hampir hilang kawalan disebabkan peperangan elektronik.

"Fakta menunjukkan bahawa pesawat awam Azerbaijan telah mengalami kerosakan dari luar ketika berada di wilayah Rusia, berhampiran Grozny, dan hampir hilang kawalan. Kami juga tahu bahawa pesawat kami menjadi tidak terkawal kerana peperangan elektronik," katanya.

Pesawat AZAL yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny di Republik Chechen, Rusia terhempas tiga kilometer dari Aktau di pantai Laut Kaspia pada Rabu.

Pihak berkuasa Kazakhstan melaporkan bahawa 38 orang terbunuh dalam nahas pesawat Embraer 190 yang membawa 67 penumpang itu, manakala 29 lagi terselamat. Siasatan terhadap insiden berkenaan sedang dijalankan di Azerbaijan dan Kazakhstan.


Disiarkan pada: Disember 29, 2024



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list