CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48839|Reply: 3

[Dunia] Pesawat bawa 181 penumpang terhempas di Korea Selatan.28 terkorban

[Copy link]
Post time 29-12-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-12-2024 11:24 AM

SEOUL: Sebuah pesawat yang membawa 181 orang terhempas di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap pada Ahad.



Menurut Yonhap, pesawat itu membawa 175 penumpang dan enam anak kapal. Setakat ini, 28 orang dilaporkan maut manakala jumlah yang cedera belum diketahui.

Nahas berlaku ketika pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand itu mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.

Menurut laporan awal, dua individu ditemui masih hidup ketika misi menyelamat diteruskan, lapor Yonhap.

Seorang pegawai lapangan terbang yang dipetik Reuters berkata, pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.

Gambar yang dikongsi media tempatan menunjukkan asap dan api marak membakar sebahagian pesawat tersebut.

Pemangku Presiden, Choi Sung-mok, yang dilantik sebagai pemimpin sementara negara pada Jumaat selepas presiden terdahulu dipecat susulan krisis politik, mengarahkan usaha menyelamat dilakukan secara menyeluruh, menurut pejabatnya.

Laporan awal menyebut nahas dipercayai berpunca daripada 'pertembungan dengan burung yang menyebabkan kerosakan pada gear pendaratan' ketika pesawat cuba mendarat di lapangan terbang yang terletak di barat daya negara itu.

Jurucakap Jeju Air memaklumkan syarikat penerbangan itu sedang menyemak laporan berkenaan.

Pihak penyelamat sedang memindahkan penumpang dari bahagian belakang pesawat, lapor Yonhap yang memetik kenyataan jabatan bomba.

Satu gambar menunjukkan bahagian ekor pesawat terbakar di tepi landasan, dengan anggota bomba dan kenderaan kecemasan kelihatan di lokasi kejadian. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya lebih 90 org terkorban....innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua terkorban kecuali 2 orang sorang crew sorang passenger duduk seat paling belakang... Takziah kepada semua keluarga mangsa terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 10:17 AM | Show all posts

Burung langgar enjin Jeju Air

Burung langgar enjin Jeju Air

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... gar-enjin-jeju-air/

Oleh KOSMO
30 Disember 2024, 10:08 am


Video menunjukkan api keluar dari enjin kanan pesawat selepas sekumpulan objek kelihatan seperti burung terbang masuk ke dalamnya. - YouTube/MBC NEWS

SEOUL – Sebuah rakaman video menunjukkan detik sekumpulan objek yang kelihatan seperti kawanan burung terbang ke dalam enjin kanan pesawat Jeju Air sebelum ia terpaksa membuat pendaratan cemas dan terbakar.

Akhbar Daily Star melaporkan, pihak berkuasa ketika ini percaya bahawa pesawat tersebut berlanggar dengan burung ketika berada di udara, menyebabkan ia mengalami kegagalan sistem.

“Punca kejadian dipercayai serangan burung yang digabungkan dengan keadaan cuaca buruk. Bagaimanapun, punca sebenar akan diumumkan selepas siasatan bersama dijalankan,” kata Ketua Balai Bomba Muan, Lee Jeong-hyun dalam satu taklimat.

Serangan burung merujuk kepada perlanggaran antara burung dan pesawat yang sedang terbang, semasa berlepas atau mendarat.

Biasanya, burung melanggar cermin depan pesawat atau terbang ke dalam enjin.

Isu tersebut boleh mengurangkan kuasa enjin dan ada masanya mengakibatkan pendaratan cemas atau dalam kes yang jarang berlaku, pesawat terhempas.

Sementara itu, angka kematian nahas pesawat Jeju Air disahkan 179, dengan hanya dua anak kapal terselamat. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.277639 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list