View: 8794|Reply: 1
|
[Tempatan]
Gempur rasuah Sabah: Universiti Malaysia Sabah (UMS) tak terbabit perhimpunan aman - Naib Canselor
[Copy link]
|
|
Gempur rasuah Sabah: UMS tak terbabit perhimpunan aman - Naib Canselor
https://www.bharian.com.my/berit ... -aman-naib-canselor
Oleh Izwan Abdullah - Disember 30, 2024 @ 8:58am
[email protected]
Menara Kinabalu, lokasi perhimpunan protes gejala rasuah politik di Sabah, esok. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: 'Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah', esok yang dirancang sekumpulan pelajar menamakan diri sebagai Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), tidak mewakili universiti itu atau mana-mana entitinya.
Menjelaskan perkara itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, berkata kumpulan mahasiswa yang menganjurkan perhimpunan di hadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Menara Kinabalu itu perlu mematuhi undang-undang.
"UMS menasihatkan kumpulan mahasiswa yang menganjur perhimpunan itu agar sentiasa mematuhi keperluan undang-undang berkaitan termasuk arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa demi kesejahteraan dan keselamatan mahasiswa serta ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu susulan laporan mengenai penganjuran perhimpunan berkenaan oleh sekumpulan pelajar UMS yang mahu meneruskannya meskipun bertembung dengan program lain di lokasi sama, esok.
Berdasarkan kenyataan sekretariat perhimpunan itu sebelum ini, mereka antara lain menuntut ketelusan dan kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani skandal rasuah ahli-ahli politik Sabah.
Bantah pelantikan Musa Aman
Mereka juga menyatakan bantahan terhadap pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah atas dakwaan pernah terbabit dengan skandal rasuah.
Kumpulan berkenaan turut menggesa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan jawatan atas dakwaan kelemahan dalam mengurus negeri, termasuk skandal rasuah yang dikaitkan dengan ahli politik Sabah.
Sementara itu, Kasim berkata UMS menyediakan landasan dan saluran untuk mahasiswa membincangkan isu-isu semasa secara ilmiah dengan mengutamakan fakta serta wacana yang rasional dan beretika.
"Sebarang idea dan cadangan ke arah kesejahteraan masyarakat perlulah disampaikan secara berhemah kerana mahasiswa adalah golongan terpelajar yang mampu menyumbang kepada keharmonian masyarakat melalui tindakan matang yang berpandukan etika, peraturan dan undang-undang," katanya.
Beliau turut menggesa agar pelajar lebih fokus kepada peperiksaan akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi dan menyeru agar pelajar UMS tidak terbabit dalam perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keselamatan awam.
Terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangan terhadap pembabitan pelajar universiti itu dalam bantahan pelantikan Musa.
MPP UMS berkata tindakan itu berpotensi melanggar Seksyen 121B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman berat terhadap sebarang tindakan yang mencabar kedudukan Raja atau Yang Dipertua Negeri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|